Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 10, 2023 @ 4:56pm

“Berkat Doa Dari Insan Tersayang, Ibu Bapa..” – Syamsul Yusof Reda Melepaskan Puteri Sarah, Fokus Masa Depan Anak-Anak

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bakal terlerai apabila masing-masing sudah sepakat untuk berpisah secara baik.

Pada pagi tadi, Syamsul dan Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mahkamah menetapkan 18 April depan untuk melafazkan cerai.

Menurut Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, dia dan isterinya telah berjumpa dan melakukan perbincangan dengan tenang tentang masa depan mereka dan anak-anak pada malam Ahad.

“”Ya saya sudah berbincang secara baik dengan Puteri Sarah dan memikirkan masa depan kami berdua dan anak-anak.

“Semuanya alhamdulillah, mudah-mudahan berkat Ramadan ini, harap diselesaikan dengan baik.

“Mungkin doa dari insan-insan yang tersayang. Mungkin doa ibu bapa. Saya tak mahu komen banyak-banyak, saya mahu mengelakkan fitnah di bulan Ramadan ini.

“Itu saja yang saya mampu kata. Syukur Alhamdulillah, doakan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Syamsul enggan memberi sebarang komen ketika disoal mengenau status hubungannya bersama ibu bapa, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Dalam prosiding hari ini, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin manakala peguam syarie Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkat Ramadan & Solat Tahajud, Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah Bakal Sambut Syawal Dengan Lebih Tenang

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Sudah Capai Sepakat! Tiada Pergaduhan” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Mulakan Perbincangan Secara Aman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Sat, 24 May 2025

“Kalau Wanita Fail Cerai Mesti Ada Sebabnya” – Zehra Zambri 

Zehra Zamri menolak dakwaan kononnya wanita mudah memfailkan penceraian.

Featured Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat Ippo Hafiz

Hiburan Mon, 27 Oct 2025

Bukan Sekadar Karya Hiburan, Filem ‘Hayya 3: Gaza’ Bawa Misi Kemanusiaan

Sebahagian hasil tayangan Hayya 3: Gaza akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin sebagai tanda solidariti dan perjuangan kemanusiaan.

Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!