Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 8, 2021 @ 11:11am

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Majlis akad nikah dibenarkan diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa esok.

Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan Jawi bagi akad nikah di Jawi dan masjid di dalam Wilayah Persekutuan, hanya lima orang dibenarkan hadir iaitu pengantin perempuan dan lelaki, wali serta dua orang wakil pihak pengantin.

Manakala, jurunikah dan dua orang saksi adalah daripada pihak Jawi sekiranya dijalankan di Jawi atau daripada pihak masjid sekiranya akad nikah dijalankan di masjid.

“Bagi pasangan pengantin dari negeri luar yang berada dalam zon merah ke majlis akad nikah di Jawi, mereka dihadkan kepada jumlah sama,”

Tidak ada upacara membatalkan air sembahyang & sarung cincin

Sumber : Google

Selain majlis diadakan tidak melebihi 20 minit, jurunikah dan pengantin lelaki juga TIDAK dibenarkan berjabat tangan. Malah, sebarang upacara seperti upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin juga TIDAK dibenarkan. Hanya mas kahwin dan dokumen berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam ruang majlis.

Pasangan yang ingin mendapatkan info lanjut mengenai majlis masing-masing bolehlah merujuk kepada Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (jawi).

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 May 2022

“Tipulah Saya Tidak Terasa Hati Apabila…” – Ayu Damit Jadikan Ejekan Pembakar Semangat

Ejekan yang dilemparkan ke Ayu Damit digunakan sebagai pembakar semangat untuk terus berkarya.

Trending Sat, 2 Nov 2019
Kes Mahkamah Mon, 24 Jul 2023
Featured Tue, 19 Mar 2024

Bawa Genre Dangdut, Feel Koplo Besar Hati Mahu Remix Lagu Siti Nurhaliza

Wow! Min pun tak sabar nak dengar lagu-logu TokTi di dangdut kan. Mesti gempak!😍😍😍

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Wed, 12 Nov 2025
error: Content is protected !!