Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2023 @ 6:28pm

Sajat Sokong Konsert Coldplay Diadakan Di Malaysia, Sempat Beri Ayat Makan Dalam Buat Golongan ‘Pura-Pura Alim’

Bahang kehangatan Konsert Coldplay yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil, pada 22 November ini semakin hangat diperkatakan.

Malah, tiket konsert tersebut juga sudah habis terjual sehingga ada yang membuat petisyen untuk mereka adakan untuk dua malam.

Terbaharu, tular di TikTok apabila pempengaruh dan usahawan terkenal Sajat tampil menyokong konsert tersebut diadakan di Malaysia sebelum video tersebut dipadamkan.

Dalam perkongsian tersebut, Sajat sempat memuji sikap keterbukaan Malaysia yang sudah menerima kedatangan artis luar negara untuk membuat konsert demi menaikkan ekonomi negara.

Namun, Sajat turut meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada segelintir pihak yang sering menentang aktiviti tersebut dilakukan.

“Baguslah tu, Malaysia dah bagi Mat Saleh buat konsert. Itu salah satu penyumbang ekonomi macam saya cakap sebelum ni.

“Saya tak tahulah, perempuan buat konsert dia marah. Lelaki buat konsert dia marah. Semua dia nak marah aku tengok orang yang acah-acah alim ni. Kalau macam ni lah, lingkup Malaysia.

“You all patut bersyukur sebab inilah salah satu cara mempromosi Malaysia. Okaylah, setiap dua bulan ada konsert,” katanya.

Menurut Sajat, segelintir pihak perlu bersikap terbuka dengan isu begini dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Mereka patut tahu konsert ni bukan untuk orang Melayu je. Ada ja orang dari negara jiran tu nak datang tengok. Nama pun konsert, konsert tu disiarkan, dihebahkan, dihebohkan.

“Sekarang ni mudah viral. Dulu kata Blackpink macam-macam tu sekejap je viral tak ada jadi apa-apa pun. Orang yang selalu judge ni buka mata sikit, orang yang selalu condemn ni adalah orang yang nak kita tak maju.

“Dorang gunakan hal agama untuk kepentingan mereka. Orang nak buat sesuatu pun takut sebab cepat viral.

“Setiap artis yang masuk negara, mereka akan tahu negara tu apa yang tak boleh, perkataan apa yang tak boleh keluar, baju apa tak boleh pakai, itu ini apa sensitiviti dekat Malaysia ni mereka kena hormati.

“Buatlah rule satu kat Malaysia, kalau buat macam ni kena denda sambil banned kalau dia buat isu-isu yang tak sepatutnya,” jelasnya.

@xtra_my Speechless pula dengar apa yang Sajat cakap ni 😶Ada logiknya tau 😅 #fyp #xtramy #sajat #coldplay #coldplayinkl #viral #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

“Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Intan bagaimanapun meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki.

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Featured Fri, 23 Jan 2026

“Kalau Nak Laser Ketiak Ke, Misai Ke, Bibir Ke.. Suka Hati! Tak Payah Canang 1 Malaysia”- Fazley Yaakob

Datuk Fazley Yaakob tampil memberi teguran sinis kepada mereka yang suka berkongsi isu sensitif di media sosial.

Hiburan Sat, 22 Jun 2024
Featured Sun, 10 May 2026

“Tak Semua Orang Tahu Betapa Penatnya Menjadi Kuat Setiap Hari” – Gagal Tahan Sebak, Puteri Sarah Akui Anak-Anak Sumber Kekuatan

Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi antara kekuatan yang membuatkan dirinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Zoey Rahman Cipta Lirik Sendiri, Berduet Dengan Elliza Razak Dalam ‘Kita Dah Raya’

Bukan saja menyanyi, kali ini Zoey Rahman turut tulis lirik untuk Kita Dah Raya, duet bersama Elliza Razak.

Featured Thu, 15 Jun 2023
error: Content is protected !!