Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 11, 2021 @ 12:33pm

“Neraka Itu Kau!” – Ibu Aiman Tino Berang Dilabel ‘Mak Mertua Dari Neraka’ Oleh Netizen

Kontroversi melibatkan kehilangan penyanyi, Aiman Tino akhirnya terjawab apabila beliau telahpun membuat kenyataan mengenai isu tersebut. Namun, timbul pula kontroversi lain melibatkan ibu penyanyi ini yang kononnya telah mengeluarkan kenyataan pedas kepada netizen menerusi akaun instagram miliknya.

Hazelina Mat Jalil tampil membuat kenyataan pedas itu bagi membidas tindakan seorang netizen yang melabelkannya sebagai ‘mentua dari neraka’ gara-gara menyibuk dengan hal anaknya.

“Ciri-ciri mak mentua dari neraka. Nasiblah siapa yang sangkut dengan famili makcik. Ngeri,”

Hazelina kemudian memberikan respon menerusi Instagram dengan menulis,

“Tak kenal maka tak cinta. Neraka itu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena yusri (@yusririena)

Menurut ibu kepada Aiman Tino ini, apa yang dilakukan selama ini adalah demi kebaikan anak-anaknya.

Turut melahirkan rasa kecewa, Hazelina menganggap susah-payah membesarkan anak-anak pasti menjadi perkara menyakitkan akibat perbuatan pihak lain.

“Sudah ada anak nanti baru dapat rasa. Penat besarkan anak, lepas itu orang kikis.”

Terdahulu, Hazelina menerusiakaun instagramnya  meluahkan perasaan terkilan terhadap Aiman yang secara tiba-tiba berubah dan mengabaikan kerjaya seni semenjak mengenali seorang wanita bernama Fara.

Namun, Aiman kemudiannya tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya yang mendakwa ia hanya salah faham dan kesilapan dirinya sendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023

[VIDEO] Pertama Kali Live Di TikTok, Jep Sepahtu Teruja Terima Pelbagai Gift Dari Pengikut!

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu sering menghiburkan hati ramai penonton dengan gelagat lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang memaparkan Jep teruja apabila menerima gift oleh pengikutnya di platform TikTok. Menerusi hantaran tersebut, Jep […]

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

My Ramadan Love Story Angkat Kisah Cinta Penuh Makna Sempena Bulan Ramadan

Uniknya drama vertikal ‘My Ramadan Love Story’ ini terletak pada pendekatan ‘storyline’ nya yang lebih tenang tanpa memfokuskan konflik besar atau emosi dramatik.

Hiburan Sun, 22 Jun 2025
Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Tak Guna ‘Cable’ Bapa! Danish Hakim Tetap Prinsip Elak Babak Bersentuhan & Jaga Solat Awal Waktu

Wowww, Danish Hakim beranikan diri sertai program realiti Fit For Action! Cayalah, teruskan legasi Norman Hakim & Abby Abadi dalam bidang lakonan gituuu 🤩 🤩

Trending Mon, 24 Dec 2018

Perbualan Comel Sajat Dan Orang Tuanya. Ayahnya Bilang Sajat Perempuan!

Sajat memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
error: Content is protected !!