Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 24, 2021 @ 2:09pm

Hina Raja Permaisuri Agong, Aktivis Ini Akhirnya Ditahan Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan aktivis Fahmi Reza susulan hantaran dibuatnya mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, Fahmi telah diberkas dikediamannya pada jam 7 malam sebelum di bawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

“Dia ditahan di lokap IPD ini namun siasatan dilakukan oleh Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Fahmi ditahan susulan kes, Tunku Azizah Aminah menyahaktifkan akaun instagram miliknya selepas tanda pagar #DengkiKe trending di laman Twitter.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial bertanya adakah tukang masak istana telah divaksin, yang kemudian dikatakan dijawab Tunku Azizah dengan perkataan  “Dengki ke?” menyebabkan komen berkenaan telah dikongsi secara meluas disertakan keterangan tentang aktiviti petang Tunku Azizah di dapur bersama cef istana.

 

Tanda pagar itu akhirnya dijadikan quotes Fahmi dengan membuat hantaran menggunakan gambar Tunku Azizah dengan kapsyen “This is dengki ke?” di Facebook yang dibuat sebagai gambar latar dalam aplikasi Spotify.

Malah, difahamakan hantaran yang dimuat naik Fahmi Reza di Facebook itu telah dikongsi lebih 700 pengguna laman sosial berkenaan.

Sebelum penangkapan, aktivis ini juga dilihat sempat memuat naik hantaran di laman Twitter miliknya memberitahu imej playlist beliau telah dipadam sebanyak 20 kali dan beliau akan memuat naik semula imej baru beserta warna dan nombor siri baru.

 

 

Sumber : Utusan, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 29 Jul 2018

Tarif Air Selangor Bakal Naik?

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa proses penstrukturan semula industri air di Selangor yang tertangguh sebelum ini akan dimuktamadkan pada awal atau pertengahan Ogos depan

Hiburan Wed, 25 May 2022

Aishah Gembira Solo, Tak Fikir Kahwin Lagi – “Kalau Ada Calon, Kena Dapat…”

Datuk Aishah gembira solo, tidak terfikir untuk kahwin lagi.

Trending Mon, 5 Apr 2021

Individu Cuba Rentas Negeri Sempena Ramadan Bakal Berdepan Tindakan Saman

Tiada lagi tolak ansur bagi mereka yang gagal tunjukkan bukti rentas negeri

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Trending Sat, 10 Jul 2021

Tiup Semangat Melawan Pandemik Covid-19, Mafidz Tampil Dengan Hujan Pasti Berhenti

Kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga beradik kini tampil dengan single terbaru berjudul Hujan Pasti Berhenti. Hujan Pasti Berhenti merupakan sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan […]

Trending Sun, 28 Aug 2022

Didakwa Bercinta Dengan Selebriti Wanita? Ini Jawapan Sufian Suhaimi

Baru-baru ini, nama Sufian Suhaimi menjadi bualan hangat netizen apabila dia dikatakan sudah mempunyai kekasih selepas pengacara dan usahawan, Neelofa, ‘mengusik’ penyanyi itu seolah-olah dia kini sudah mempunyai pasangan. Namun, memetik laporan Harian Metro, penyanyi […]

error: Content is protected !!