Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 14, 2021 @ 6:17am

Akui Terjejas Kerana Pandemik, Siti Nordiana Bersyukur Ada Punca Pendapatan Lain

Terkesan dek kerana pandemik Covid-19, penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya dalam bidang muzik merosot sebanyak 60 peratus.

Wanita yang mesra disapa dengan nama Nana ini mendedahkan perkara terbabit berlaku sejak persembahan secara terbuka tidak boleh dilakukan.

“Sebagai seorang penyanyi yang mencari rezeki menerusi show, saya akui pendapatan terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Banyak juga penurunan yang jadi, kira-kira 60 peratus.

“Namun begitu, saya tetap bersyukur dan menganggap ini merupakan ujian untuk saya. Alhamdulillah, selain menyanyi, saya juga ada punca pendapatan lain.

“Saya turut berlakon, dipilih untuk menjadi wajah bagi beberapa jenama dan produk serta saya juga menjalankan pelbagai kempen menerusi media sosial.

“Syukur, sedikit sebanyak ia membantu saya. Sifat menabung dan menyimpan juga saya amalkan semenjak awal penglibatan dalam dunia seni. Ia membantu saya untuk terus survive,” katanya.

Kini popular dengan single Cukup Derita Itu, Nana menyifatkan karya ciptaan Tam Spider dan Siti Rosmizah ini mempunyai cabaran tersendiri.

Lagu terbabit menjadi lagu runut bunyi drama bersiri Cukup Derita Itu yang baru sahaja tamat bersiaran untuk musim pertama di slot Samarinda TV3.

“Saya akui, lagu melankolik seperti itu memang makanan saya, tapi ada cabarannya. Saya sendiri membaca jalan cerita naskhah terbabit untuk mendalami lagu itu.

“Pastinya saya mahu penonton rasakan apa yang saya cuba sampaikan dan biarlah ia kena dengan jalan cerita drama bersiri terbabit. Alhamdulillah, setakat ini maklum balas yang diterima positif,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Jul 2021

Pfizer-BioNTech Mohon Kebenaran Suntikan Dos Ketiga

Jadi, akan ada dos ketiga buat si penerima vaksin Pfizer ke?

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia […]

Trending Sat, 9 Feb 2019

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Salam takziah buat family yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi. Al- Fatihah

error: Content is protected !!