Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 21, 2021 @ 12:43pm

Kelulusan Automatik Moratorium Bagi Peniaga Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP 3.0

Perniagaan yang tidak tersenarai dalam senarai yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dan pekerja mereka boleh memohon moratorium dan akan diberikan kelulusan secara automatik.

Ia termasuklah  individu golongan M40 dan T20 yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP 3.0 ini.

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan juga akan terus memberikan bantuan kewangan secara bersasar kepada perniagaan dan individu yang terjejas.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyatakan, moratorium automatik akan diberikan kepada golongan B40 jika mereka memohon, tidak kira sama ada terjejas pendapatan atau tidak.

“Begitu juga individu M40 dan T20 yang terjejas pendapatan akan turut dibantu. Jika kewangan terkesan disebabkan sekatan pergerakan penuh, mereka boleh memohon moratorium dan akan diberikan secara automatik.”

“Ia termasuk perniagaan yang berada dalam sektor tidak dibenarkan beroperasi oleh MKN sepanjang tempoh ini.”

Namu, bagi individu yang tidak terjejas mereka boleh membayar pinjaman seperti biasa.

Tengku Zafrul berkata, sepanjang krisis Covid-19, kerajaan akan terus menyalurkan bantuan tunai secara langsung kepada golongan terjejas.

Dan, jumlah besar bantuan tunai secara langsung yang telah diberikan kepada rakyat bagi keseluruhan 2021 adalah sebanyak RM16.7 bilion.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Apr 2021

Bikin Panik! Video Ibu Rebah Dapat Kejutan Viral Di Twitter, Rupa-Rupanya…

Seorang pengguna laman sosial Twitter, Isskndar Ariffin berkongsi potongan video aksi seorang ibu yang hampir rebah selepas menerima kejutan. Video terbabit memaparkan adegan seorang wanita yang membuat kejutan kepada ibunya dan wanita terbabit menghadiahkan insan […]

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Trending Sun, 27 Dec 2020
Trending Sat, 13 Feb 2021

Kongsi Foto Ala Pre-Wedding, Uqasha Senrose Bakal Nikah Tak Lama Lagi?

Perkongsian terbaru pelakon Uqasha Senrose menerusi hantaran terbaru di laman Instagram miliknya mendapat perhatian ramai. Uqasha memuat naik foto dirinya menyarungkan busana pengantin serba putih yang kelihatan klasik, mewah dan evergreen rekaan pereka fesyen terkenal, […]

error: Content is protected !!