Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 16, 2021 @ 11:45am

“Cukuplah Kita Bersederhana…”- Shuib Mohon Jangan Kongsi Video & Gambar Siti Sarah Yang Tidak Menutup Aurat

Sebagai seorang suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib tampil memaklumkan dan memohon agar orang ramai di luar sana berhenti berkongsi mana-mana gambar mahupun video Allhayarham yang tidak menutup aurat.

Perkara ini dikongsi Shuib menerusi hantaran di laman instagram miliknya pada Ahad.

“Saya ada permintaan dimmana saya mohon pada semua untuk tidak mengeluarkan lagi gambar atau video arwah yang tidak menutup  auratnya dengan sempurna”

“Saya juga mohon  pada yang termuat naik di media sosial agar keluarkan kembali video atau gambar tersebut…”

Malah, Shuib juga memohon agar orang ramai tidak menceritakan kebaikan Allahyarham Siti Sarah secara berlebihan agar tidak mendatangkan perasaan kurang senang segelintir pihak atau terlampau obses dengan pemergian beliau.

“Saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan…”

“Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT” tulisnya.

Tambahnya lagi, sekiranya ada yang merindui isterinya itu, cukuplah sekadar sedekahkan bacaan Al-Fatihah sahaja.

“Jika rindu pada Allahyarham Siti Sarah Rassuddin sedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua. Aamiin.” Katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] “Bila Diamati Lirik Ternyata Ada ‘Sesuatu’ Arwah Cuba Sampaikan” – Shuib Kongsi Nyanyian Terakhir Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : Ustaz Bongkar Rahsia Disebalik Kopiah & Kebaikan Amal Jariah Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Baby Balik Rumah, Dia Nak Minum Susu Apa?” Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN : Sumbang Lebih RM13,000 Untuk Korban Di Gaza, Nadir Al-Nuri Dedah Kebaikan Siti Sarah – “Kalau Boleh Saya Nak Diam-Diam Je…”

ARTIKEL BERKAITAN : “Banyak Kali Dia Tanya Saya Ingin Bayarkan Sewa Rumah Orang Miskin & Anak Yatim…”- Ebit Lew Dedah Sifat Prihatin Siti Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Sun, 26 Oct 2025
Featured Tue, 22 Nov 2022

Jawab Persoalan Warganet, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri. Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 […]

Hiburan Thu, 20 Feb 2025

PJJ Dengan Suami, Elizabeth Tan Hadapi Cabaran Dapatkan Zuriat

Elizabeth Tan seminggu sekali jumpa suami bagi usaha mendapatkan anak

Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

error: Content is protected !!