Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 20, 2021 @ 8:00am

Rumah Ustaz Ebit Lew Digeledah, Polis Lengkapkan Siasatan

Pihak polis kini mengesahkan telah menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kes gangguan seksual nya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan penggeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas keterangan UEL diambil pada Khamis.

“Kita bukan menyerbu rumah beliau (Ebit Lew) sebaliknya hanya proses menggeledah bagi melengkapkan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tambahnya lagi, siasatan ini dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

“Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus,”

Selain itu, Abd Jalil meminta dan menasihati agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau apa jua bentuk penyebaran  bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Maafkan Sesiapa Saja Dengan…” – Netizen Terkejut Ebit Lew Terpalit Dakwaan Gangguan Seksual

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Gangguan Seksual: “Ini Satu Fitnah Yang Sangat Kejam & Melampau” – Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri Dan Anak Saya Menangis..” – Bakal Buat Live, Ebit Lew Akan Jelas Segala Tuduhan Yang Dilontarkan

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Fitnah Melampau Caprice & Nadir Al Nuri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Jan 2023

Norman Hakim & Suami Abby Abadi Mesra Berdua… Netizen Komen: “Aduhai Romantiknya Dia”

Aksi ‘manja’ pelakon Norman Hakim dan suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria meraih perhatian ramai. @abbyabadi112 Alhamdullillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ya dua2 ketui ni hehe @JaiAbby Official @Norman Hakim ♬ Bahagiamu Bahagiaku – […]

Featured Wed, 16 Jul 2025

Zulin Aziz Tegur Tindakan Netizen Pertikai Solat Artis & Influence Gara-Gara Pakai Makeup 24 Jam – “Ada Lagi Ke Soalan Macam Ni?”

Zulin Aziz menegur tindakan segelintir netizen yang kerap mempersoalkan sama ada artis dan pempengaruh menunaikan solat atau tidak.

Trending Wed, 18 Mar 2020

COVID-19: Negeri Selangor Larang Adakan Kenduri Kahwin

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri kahwin  atau majlis keramaian di negeri itu, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara berhubungan dengan […]

Trending Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
error: Content is protected !!