Hiburan By: Padin August 20, 2021 @ 7:11pm

“Kalau Dah Bantu Secara Peribadi, Tak Payah Share, Cukup Sekadar….” – Ajak

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro berpendapat bantuan secara peribadi yang dihulurkan kepada mereka yang tidak berkemampuan tidak perlu dihebahkan.

Mengulas mengenai peranan selebriti untuk membantu golongan yang dilanda kesusahan tatkala pandemik ini, Ajak lebih senang jika pertolongan yang bersifat peribadi diberikan secara senyap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Pada saya, kalau dah bantu tu, tak payahlah dikongsikan. Cukup sekadar hanya kita dan Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang kita kena ingat perasaan orang yang kita bantu tu juga.

“Saya tak rujuk kepada sesiapa, tetapi kadangkala memang ada terbit rasa nak buat perkara itu sebagai satu kandungan di laman sosial. Tapi, bagaimanakah perasaan orang yang dibantu itu nanti?

“Saya faham dengan situasi bantuan yang perlu ditunjukkan sebagai bukti kepada orang ramai jika ia melibatkan organisasi besar. Tetapi, jika secara peribadi orang mesej kita untuk memohon bantuan, janganlah dikongsikan.

“Nak bantu, kita bantu. Kalau tak nak, kita diam sahaja. Jika tak dapat bantu dari segi wang ringgit, kata-kata nasihat dan sokongan moral juga memberikan suntikan positif. Mungkin ini pandangan saya sahaja, ada juga boleh tak setuju dengan saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

Dalam pada itu, Ajak turut memberikan idea untuk membantu ramai orang menerusi Tabung Pendengar Suria.

“Idea untuk tubuhkan tabung ini datang tatkala wabak melanda. Saya dapat banyak mesej meminta bantuan tapi saya tak boleh bantu semua. Saya usulkan perkara ini kepada majikan dan mereka bersetuju.

“Pihak pengurusan radio Suria dan rakan penyampai lain seperti Fizi Ali, Suraya Borhan, Tyzo dan Rara bersetuju dengan perkara ini maka terlahirlah Tabung Pendengar Suria menerusi segmen Team Pagi Suria bermula pada 16 Ogos lalu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Sep 2019

Pertandingan Cari Kentut Paling Merdu

hanya di India sahaja ye, apa kata kalau anjurkan di Malaysia mesti ramai yang nak sertai

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Kendall Jenner Dan Boyfriend Rancang Ambil Anak Angkat?

Ambil anak angkat pun best jugak kan! Just wait and see.

Trending Wed, 16 Oct 2019

Haze to Hit Back Malaysia; Effect of Wild Forest Fire in Palembang

Malaysians advised to wary of the upcoming’s weather. Stay protected and reduce outdoor activities.

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥