Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 24, 2021 @ 12:28pm

Eksploitasi S**ks & Pemerdagangan Manusia, Pelawak Tidak Akan Didakwa Di Mahkamah

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, memaklumkan pelawak yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes pemerdangan manusia tidak akan didakwa di Mahkamah Majistret.

Ini kerana, penahanan pelawak terbabit sebelum ini adalah bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Seorang pelawak yang sebelum ini dikatakan terbabit dalam kes berkenaan, tidak dihadapkan ke mahkamah.

“Penahanan pelawak terbabit sebelum ini hanya bagi membantu siasatan kes berkenaan dan dia tidak akan didakwa di mahkamah esok,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Terkenal Disyaki ‘Bapa Ayam’ Ditahan Polis, Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Kes Pemerdagangan Manusia

Dua individu lain terlibat aktiviti pemerdagangan manusia

Amran berkata, sebaliknya terdapat dua individu lain masing-masing seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia yang berlaku pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya,  kes akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pelawak dikenakan kompaun, rentas negeri tanpa kebenaran

Bagaimanapun, pelawak berkenaan dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Terdahulu, seorang pelawak popular telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan terhadap kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah dalam serbuan Op Pintas.

 

Sumber:BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Hadiah Lebih RM700,000 Jadi Rebutan, ‘Tonton Non Stop, On Top!’ Sudah Tarik Hampir 1,000 Peserta

Baru beberapa hari dilancarkan, kempen Tonton Non Stop, On Top! sudah berjaya menarik hampir 1,000 peserta yang kini aktif mengumpul mata untuk merebut pelbagai hadiah lumayan.

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Sentuhan & Rasa Seorang Vidi Aldiano Sentiasa Saya Kenang Sampai Bila-Bila” – Isyana Sarasvati

Akuinya, dia sangat mengagumi sisi peribadi Vidi selain menganggap penyanyi itu sebagai seorang yang banyak memberikan inspirasi terhadap dirinya.

Featured Tue, 31 May 2022
Trending Mon, 11 Apr 2022

“Ibu Saya Beri Idea…” – Chubb-E Kecewa Adegan Panas Wanita Separuh B*gel MV Rambang Dipotong

Chubb-E kecewa adegan aksi panas di video muziknya terpaksa dipotong selepas menerima kecaman netizen.

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Risau Dengan Keadaan Isteri” – Hazama, Isteri Tangguh Rawatan IVF

Rezeki Tuhan bagi berbeza-beza.. Semoga dipermudahkan semua urusan 🤲🏼

Trending Mon, 3 May 2021
error: Content is protected !!