Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 29, 2021 @ 7:18am

“Sibuk Betul Pasal P*en Orang” – Dikritik Mahu Bersalin Secara Pembedahan, Ayda Jebat Tempelak ‘Makcik’ Persoal Alat S*lit Suaminya

Gara-gara mendedahkan dirinya bakal melahirkan anak sulung secara pembedahan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menerima kritikan hebat netizen.

Dedah Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, ramai warganet yang mempersoalkan tindakannya.

“Assalamualaikum.. First of all, terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang dikirimkan buat saya dan baby.. Saya doakan yang terbaik buat anda semua juga! Amin.

“Saya baca ramai yang mesej dan comment dekat few page, yang kata ‘Czer (pembedahan)? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi.

“Saya tak nak comment about that. I’m here to spread positivity. To mommies yang pilih atau memang terpaksa czer / operate atas faktor kesihatan dan keselamatan baby dan anda, please don’t be shy, sad and stress. Ada yang sampai rahsiakan kena czer sebab takut dan malu digelakkan dan diperlekehkan oleh ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi macam ni?

“Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan. Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, tak ada stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember… You’re still a mother. Real one. No matter what,” tulis Ayda menerusi sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Selepas beberapa jam memuat naik hantaran terbabit, Ayda tampil menempelak seorang warganet yang meninggalkan kata-kata biadap seakan mempersoalkan alat sulit suaminya, Nabil Mahir.

Pelantun lagu Temberang itu berkongsi tangkap layar komen terbabit di ruangan Instagram Story miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Belum Lahir Tapi Sudah Ada Rezeki Menanti” – Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Baby Girl

Terdahulu, Ayda dan Nabil yang selamat bernikah pada 1 Januari lalu mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada penghujung September ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 May 2026

Sertai Acara Korban Di Pahang, Fizz Fairuz Tersentuh Lihat Orang Ramai Gotong Royong Hidupkan Aidiladha

Datuk Fizz Fairuz tersentuh melihat semangat orang ramai yang bergotong-royong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang.

Hiburan Sat, 20 Apr 2019

Bertahan Hanya 2 Tahun, Adele Sah Bercerai

Tiada lagi komen lanjut memandangkan keduanya meminta diberi ruang buat sementara waktu.

Anugerah Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Featured Wed, 3 Nov 2021

Gadis Sebak Dapat Pulang Ke Tanah Air Selepas Dua Tahun Tanggung Rindu

Berkhidmat sebagai barisan hadapan semasa pandemik sememangnya tidak mudah. Bukan sahaja sibuk dengan tugasan yang perlu dipikul malah terpaksa tinggal berjauhan dan menanggung rindu terhadap keluarga. Itulah yang dilalui oleh seorang gadis yang bekerja sebagai […]

Hiburan Thu, 11 Jan 2018

PANAS! FARID KAMIL DITAHAN, TAMPAR ANGGOTA POLIS 

Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas petugas di kaunter menunjukkan mesej “300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan bertanyakan tentang isu tersebut

Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

error: Content is protected !!