Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2021 @ 12:26pm

Jom Semak Syarat Kelayakan & Cara Tebus Baucar Perlindungan Tenang Bagi Setiap Isi Rumah B40

Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan B40, kerajaan kini mengambil inisiatif memberikan subsidi untuk perlindungan insurans atau takaful dalam meningkatkan keselamatan sosial golongan ini.

Justeru itu, bermula 30 September 2021, sebanyak 3.6 juta golongan B40 sudah bleh menyemak status kelayakan Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50.

ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan Baucar Perlindungan Tenang Khas Buat Golongan B40 – Tengku Zafrul

Terma & Syarat

Berikut merupakan terma dan syarat baucar Perlindungan Tenang yang diumumkan oleh Menteri Kewangan pada Rabu.

  • Layak untuk menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli ATAU menyertai satu polisi sahaja. Jika haRga produk yang dibeli kurang dari RM50, baki tidak akan dipulangkan dan sekiranya produk yang dibeli melebihi nilai RM50, penerima hendaklah membayar baki atau nilai tambahan tersebut.
  • Pulangan tunai / pembayaran balik secara tunai TIDAK dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi/sijil baharu mengikut tarikh kuatkuasa program ini.

Cara semak kelayakan & Tebus Baucar

Setiap isi rumah penerima BPR boleh membuat semakan dan cara tebus baucar seperti di bawah;

  1. Kunjungi ke wakil insurans/pengendali takaful atau rakan kongsi ATAU,
  2. Semakan kendiri dilaman rasmi berikut www.myptv.my

Individu yang layak menerima inisiatif  ini boleh tebus baucar RM50 dengan layari portal rasmi  yng disediakan beserta langkah-langkah berikut www.mycoverage.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Muncul Dalam Muzik Video Vroom Vroom, Peminat Usik Hael Husaini Ada Hati Dengan Nabila Razali?

Nabila juga ada menyuarakan hasrat untuk saya turut serta dalam muzik video ini, jadi…

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Tue, 15 Jul 2025
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Wed, 3 Apr 2024

Bekas Isteri Safee Sali Impi Berbuka & Sambut Hari Raya Aidilfitri Bersama Anak-Anak

Sebaknya! Ibu mana yang tak terkesan bila berjauhan dengan anak-anak😭

Hiburan Wed, 11 Jun 2025

“Isteri Kena Letak Suami Di Tempat Tertinggi” – Neelofa

Neelofa nasihat utamakan suami dalam rumah tangga

error: Content is protected !!