Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah October 20, 2021 @ 1:37pm

Kongsi Berita Gembira, Elfira Loy Hamil Anak Kedua

Pelakon Elfira Loy, 27, mengumumkan berita gembira dirinya sedang hamil anak kedua.

Elfira menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik gambar dengan memegang belon yang tertera ‘Baby 2 is Coming’ dan perkara itu jelas mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil.

Dalam perkongsian tersebut, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menulis di kapsyen:

“To my family and beloved friends, can you read the good news? Hehe.”

 

Setakat ini, perkongsian ini telah mendapat lebih 91,000 tanda suka di Instagram.

Rakan selebriti seperti Janna Nick dan Nur Fazura serta peminat berkongsi rasa teruja bercampur gembira dengan perkhabaran ini di ruangan komen Instagram Elfira.

“Wahhhh!!! CONGRATS ELLLLLLLLLLLLLLLL,” ucap Janna Nick di ruangan komen.

“Awww congratulations sayanggg!” komen Fazura.

“Alhamdulillah… @elfiraloy semoga baby dan ibu dalam lindungan Allah SWT. Aamiin Ya Allah Ya Mujib,” doa seorang peminat buat Elfira.

Dalam pada itu, Elfira tidak berkongsi tentang usia kandungannya.

Untuk info, Elfira yang diijabkabulkan dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 telah melahirkan anak lelaki sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

DJ Sonic Akui Hampir Tewas Emosi Selepas Pemergian Ayah Tercinta

DJ Sonic pernah melalui detik paling sukar.

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Pergh! Tak Sampai 24 Jam, MV Semakin Cecah Tontonan Lebih 250,000

Terbaiklah! Korang dah tonton muzik video Semakin ke belum?

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Wow! Kumpulan K-Pop KARD Makin Letup!

Siapa sini peminat KARD, angkat tangan!

error: Content is protected !!