Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 5, 2021 @ 4:50pm

“Saya Kelihatan Seperti Alien” – Azhan Rani Tahan Seksa Demi….

Pelakon Azhan Rani terpaksa bertahan dengan warna rambut perang (blonde) selama enam bulan untuk menjayakan watak Alwi dalam drama Keluarga Untuk Disewa.

Menurut Azhan semasa sidang media maya drama Keluarga Untuk Disewa pada Selasa, dia sanggup menyahut cabaran untuk menukar warna rambut walaupun tidak pernah mewarnakannya sebelum ini.

“Ketika mewarnakan rambut, saya rasa terseksa. Kalau ikutkan, sebetulnya, hanya sebulan lebih sahaja saya perlu warnakan rambut itu.

“Saya terpaksa bertahan selama enam bulan kerana saya ingatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tak akan diteruskan.

“Kerana takut rambut jadi rosak semasa melakukan proses pelunturan warna rambut, saya tidak boleh mewarna rambut hitam semula,” katanya.

Jelas Azhan atau nama sebenarnya, Azhan Abdul Rani, 45, disebabkan warna rambutnya yang begitu menyerlah dan menarik perhatian ramai, dia terpaksa bertahan dengan pandangan serong orang lain.

“Saya kelihatan seperti ‘alien’ ketika mewarnakan rambut saya seperti ini. Bila saya hendak berjalan ke mana-mana, orang akan tengok juga terutama bila saya nak ke surau atau masjid.

“Saya juga terpaksa memakai serkup kepala untuk menutup rambut supaya orang ramai tidak memandang sinis.

“Memang saya rasa penat tapi saya harus bertahan demi watak,” katanya.

Dalam drama terbabit, Azhan bergandingan dengan Pekin, Adibah Noor, Dynas Mokthar, Afifah Nasir, Fimie Don dan Fifi Laura dalam drama komedi terbaharu berjudul Keluarga Untuk Disewa.

Drama arahan Raja Mukhriz itu telah mula ditayangkan di slot Diandra TV9 bermula 2 November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

Shahrol Shiro Buat Laporan Polis Ke Atas Harith Iskander, Didakwa Persendakan Agama – “Sangat Biadap!”

Shahrol Shiro berang, dakwa Harith Iskander buat lawak persenda agama

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

FANS NO LONGER ABLE TO SEND GIFTS TO BTS

Sending presents are often seen as a sign of love, appreciation and admiration. Unfortunately, fans are no longer allowed to send BTS members gifts.

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

JBL Concert Run「5主题元素关卡」胡鸿钧加入阵容

JBL Concert Run即将于2018年9月15日(星期六)晚上7时,于Sunway Lagoon Surf Beach开跑;胡鸿钧加入阵容演唱会阵容。

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Trending Wed, 21 Feb 2018

Bimbang Masa Depan Elfira, Punca Sufian dan Elfira Putus Tunang???

Penyanyi  Sufian Suhaimi dan Elfira Loy, sah putus tunang! dan berita duka cita itu disahkan sendiri oleh ibu Elfira, Filzah Yusof, 52.

error: Content is protected !!