Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 12:05pm

Kongsi Tarikh Dengan PRU14, Bruno Mars Live In Kuala Lumpur Diteruskan!

The show must go on! Walaupun Tarikh konsert konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur jatuh pada hari yang sama dengan hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) iaitu pada 9 Mei nanti, konsert tidak dibatalkan dan akan diteruskan.

Kenyataan dibuat menerusi laman Facebook rasmi agensi penganjuran acara berpengaruh terbabit, semalam selepas tarikh PRU14 diumumkan.

“Kepada semua pembeli tiket Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, buat masa ini acara itu masih akan dijalankan mengikut jadual asal.

“Untuk perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman web www.prworldwidelive.com,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan tarikh mengundi jatuh pada 9 Mei.

Kesemua 12,000 tiket konsert Bruno Mars yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sudah habis terjual.

Ini bukan pertama kali kebetulan itu berlaku.

Konsert penyanyi opera, Andrea Brocelli turut jatuh pada tarikh sama dengan PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei, 2013.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Mon, 20 Feb 2023
Selebriti Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Hiburan Sun, 19 May 2019

Adamidam Sudah Tiada…Al-Fatihah

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang solihin. Al-Fatihah…

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Didi Astillah Tampil Jelaskan Isu Video ‘Prank’ Ibu, Mohon Netizen Jangan Kaitkan Keluarga – “Abang Syed Saddiq Okay Je, Tenang Semua…”

Didi turut memohon maaf sekiranya video berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

Featured Fri, 22 Aug 2025

“Orang Yang Tenang Tak Akan Sibuk Cari Salah Orang Lain”- Anzalna

Bagai memberi teguran halus, perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir sekali lagi menyorot perhatian.

error: Content is protected !!