Euforia Bola 2026
Featured By: Marcella November 10, 2021 @ 4:03pm

“Dia Tak Boleh Bernafas, Minta Nak Turun Cepat” – Sekeluarga Panik Apabila Wajah Kakak Membengkak, Asyik Bersin, Mata Berair

Kisah seorang wanita apabila wajahnya membengkak sejurus selepas dia dan ahli keluarga lain selesai mendaki dan mengeluarkan tenaga dengan bermandi-manda di air terjun yang terletak di puncak Gunung Ledang mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @irdineee, dia berkongsi mengenai wajah kakaknya yang tiba-tiba membengkak selepas bermandi-manda.

Menurut temu bual bersama mStar, @irdineee atau nama sebenarnya Nur Afrina Syafiqah Mohd Zuki berkata, wanita berwajah bengkak dalam video itu adalah kakaknya, Nur Amirah Aida.

Nur Afrina berkata, situasi yang menimpa kakaknya itu disebabkan alahan terhadap makanan laut.

“Ketika itu, kami sekeluarga beriadah di Gunung Ledang. Sebelum mendaki, kami makan dulu di bawah macam ala-ala piknik.

“Kakak saya makan mi goreng yang ada udang, tapi dia hanya makan mi sebab dia tahu dia alah kepada makanan laut.

“Sebelum ini alahannya ringan saja walaupun makanan bercampur dengan makanan laut. Sebab itu dia makan mi goreng.

“Kemudian kami sambung mendaki, siap ke Kolam Puteri yang terletak di atas. Ambil masa 30 minit juga nak mendaki. Masa dekat atas, saya perasan dia asyik bersin, hidung merah dan mata pun berair.

“Tiba-tiba dia mengadu sesak nafas. Kami ingatkan semput sebab dia memang pernah kena asma, mungkin sebab penat mendaki.

“Tapi keadaan jadi panik bila dia kata tak boleh bernafas dan minta nak turun cepat,” katanya.

Ujarnya, mereka bergegas turun ke bawah kerana keadaan kakaknya semakin teruk apabila wajah dan matanya mula membengkak sehingga mengganggu penglihatan.

“Rasanya kami sempat berada di atas lebih kurang 10 minit saja. Kami memang syak sebab alahan tapi risau sebab dia tak pernah sesak nafas. Hospital pun jauh.

“Sampai dekat bawah, mak terus bergegas bawa ke hospital dekat Tangkak. Dia masuk zon merah dan disuntik. Doktor kata sebab ‘allergic reaction’. Mujur tak kena tahan wad,” jelasnya.

Nur Afrina berkata keadaan kakaknya semakin pulih dan bengkak di wajahnya berkurangan pada keesokan harinya.

Nur Afrina berkongsi kisah yang berlaku itu agar dijadikan teladan kepada orang ramai.

@irdineee

Paling takleh bla, naik dh penat nak mampus turun lak laju gila🤣. Alhamudlillah my sis sempat gi hospital.

♬ original sound – Afrina Zuki – Afrina Zuki

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Comelnya! Gaya Anak-Anak Selebriti Malaysia Ke Sekolah

Belajar rajin-rajin yer anak-anak semua…ops, make sure balik nanti kasut sekolah awak masih putih ok?

Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Mon, 10 Jun 2024

Tahniah! Raja Farah Selamat Bersalin Anak Keempat  

Alhamdulillah! Tahniah Raja Farah

Hiburan Sun, 19 Jan 2025
Featured Sat, 9 Aug 2025
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Uji Rashid Baru Kenal Siapa ‘Makcik Bawang’!

Pelantun lagu ‘Semakin Hari Semakin Rindu’ ini memohon netizen termasuk jiran tetangga memberikannya sedikit ruang privasi.

Featured Tue, 25 Nov 2025

Tular Video Belakang Tabir Edry KRU Pengsan, Netizen Titip Kata Semangat – “Moga Allah Jaga & Beri Kesembuhan”

Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Han Byul; Who Is He and Why He’s Potentially the Next Big Thing?

Charisma, check! Talent, check! Visual, check!

Featured Fri, 28 Feb 2025

Along Cham Tekad, Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Kes Dadah

Along nekad mengaku tak bersalah atas pertuduhan kes dadah

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

Motor Punya Pasal, Siti Sarah Kecewa Suami Dilabel Dayus!

Netizen pun, agak-agaklah kan bila tengah menulis?

error: Content is protected !!