Featured By: Marcella November 29, 2021 @ 2:15pm

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi.

Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & Ika serta Syafeek & Zazo.

Dihoskan oleh Kamal Adli dan Ain Edruce, Mas Idayu dan Ajai duduk di kerusi juri tetap manakala Uqasha Senrose hadir selaku juri jemputan.

Malah, episod itu turut menampilkan gandingan hebat daripada persembahan jemputan iaitu Liza Hanim dan Amir Masdi yang membawakan lagu Selamanya Cinta.

Jom recap persembahan peserta LCK3 di minggu kelima:

Hariz & Wanie

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pentas LCK3 membuka tirai dengan persembahan daripada pasangan ini menerusi lagu Bagaikan Sakti. Persembahan mereka kali ini tidak berjaya memuaskan hati juri kerana usaha yang ditunjukkan tidak memadai.

Mas Idayu: Bila dapat lagu, belajar untuk cintakan lagu dan nyanyi dengan cara anda sendiri. Tidak buruk, cuma sedikit sahaja effort dari Wanie yang masih menjaga pitching. Walaupun di last part yang ‘jadi milikku’ itu memang ada pitching dalam harmoni anda berdua. Selebihnya, Mummy memandang effort anda dengan baik.

Uqasha: Persembahan kali ini saya tengok kamu very loving tapi nampak more to Wanie kerana dia macam feeling love itu. Hariz nampak macam tidak communicate sangat. Tapi the way kamu menyanyi nampak macam kamu sudah kenal lama dan chemistry itu ada cuma kurang sikit saja dari Hariz.

Malhamka & Yuveena

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan comel yang membawakan lagu Goodbye Hello ini berjaya menambat hati juri. Walaupun ada sedikit kesilapan dari segi air muka, namun mereka berjaya mempersembahkan nyanyian yang bagus.

Ajai: Mal, kamu sudah mula faham tentang nyanyian. Starting saya tak nampak muka nervous. Serapkan lirik dalam hati dan faham maksud dia, itu formula dia apabila kita menyanyi. Tapi, kefahaman dari maksud lirik itu dia faham.

Mas Idayu: Sebenarnya mummy nampak kebersamaan kamu menyanyikan lagu ini. Cuma sedikit sahaja teguran mummy untuk Mal. Ekspresi anda sebenarnya salah. Ekspresi Yuveena sudah betul. Ekspresi anda dekat part akhir baru betul. Air muka anda sepatutnya lagu ini adalah lagu yang sangat berbunga-bunga. Yuveena pandai tukar air muka pada lirik yang terakhir. Dalam pertandingan, air muka kena betul.

Pasya & Puteri

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan yang mempunyai suara ‘power’ ini mempersembahkan lagu Dirgahayu. Juri sangat menyukai persembahan mereka sehingga mendapat markah yang tinggi.

Uqasha: I wish I can sing like both of you. Suara kamu sedap sangat macam mendayu-dayu. Masa persembahan itu nampak sangat chemistry macam tidak kekok. I love it dan best. Kamu ada perasaan yang datang naturally.

Ajai: Pasya kamu ada masalah sikit tentang low register itu sebab kamu sudah biasa hit high note jadi placement pada lorong low note itu tidak ada pada kamu. Kamu struggle sebenarnya pada depan itu tapi kekuatan feeling itu membantu note itu jadi sedap. Pasya kena belajar note yang rendah ini sebab memang bukan senang untuk seseorang itu menyanyikan.

Kay & Ika

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan yang menyampaikan lagu Rindu Separuh Nyawa, juri mengatakan nyanyian mereka seperti bertepuk sebelah tangan.

Mas Idayu: Mummy sebenarnya suka dengan Kay punya vokal dan perasaan dalam lagu ini bagus. Ika, sebenarnya bukan kamu tidak boleh menyanyi dengan baik tapi kamu kena ingat menyanyi secara berpasangan tapi mummy tengok kamu macam nyanyi seorang diri. Kamu bukan bercinta tapi macam bersahabat sahaja. Dari situ, pitching dan pernafasan juga kena jaga untuk Ika. Dalam nyanyian, kena ada kebersamaan. Untuk Kay, mummy suka.

Uqasha: Saya tengok chemistry kamu hanya sebagai seorang penyanyi macam tidak lebih dari itu. Saya nampak persembahan malam ini macam tidak sepenuhnya dan nampak struggle.

Ajai: Perasaan itu nampak lelaki bertepuk sebelah tangan. Ika kena selami juga perasaan Kay.

Syafeek & Zazo

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pasangan yang membawakan lagu Pada Syurga Di Wajahmu ini menjadi kesukaan ramai sehingga mendapat markah tinggi serta pujian daripada juri jemputan.

Ajai: Perasaan itu ada tapi lesen tak lepas. Syafeek, kadang-kadang memang kita boleh tahu yang kita boleh reach that note. Saya tahu note itu adalah B flat tapi last note itu kita kena tahun dalam kita ini sama ada kita boleh carry or not. Pada Zazo, tempo lagu itu. Bukan perasaan saja kena penting tapi note pun penting juga.

Uqasha: So far saya tengok antara semua peserta, yang ini saya rasa serasi sangat. Chemistry kamu tidak nampak dibuat-buat. Rasa cinta itu sampai dekat saya.

Episod kelima juga menyaksikan dua pasangan berada di tangga bottom two.

Satu pasangan duet iaitu Kay dan Ika disingkirkan manakala Hariz dan Wanie layak untuk beraksi pada episod akan datang.

Jangan lupa untuk teruskan menonton dalam Lagu Cinta Kita 3 setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3 dan ia juga boleh distrim live HD di www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Trending Sat, 21 Aug 2021
Featured Sat, 11 Feb 2023

AJL 37: Bakal Bawa Lagu Mainan Dalam Konsep Paling ‘Gila’, Naim Daniel Tak Akan Menyanyi Di Pentas?

Aikk? Tak nyanyi atas pentas? Kerja gila apa yang Naim nak buat niii 😱😱😱 Nervousnya AJL 37!

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Hebat! Pesanan Ayahanda Dapat Sentuhan Lima Komposer

Muzik video Pesanan Ayahanda boleh mula ditonton bermula 31 Januari 2019. Dengarnya ada kemunculan seseorang istimewa, siapa tu agaknya?

Hiburan Wed, 6 Dec 2023