Euforia Bola 2026
Featured By: Arfah December 8, 2021 @ 5:49pm

Pihak Pengurusan Tak Mahu Fat Amy Turunkan Berat Badan

Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Fat Amy, Rebel Wilson, 41, memberitahu pihak pengurusan tidak begitu menyokong keputusannya untuk mengurangkan berat badan.

Rebel mendedahkan perkara terbabit menerusi satu sesi temu duga di BBC Breakfast, baru-baru ini.

Pelakon kelahiran Australia itu berkata, dia menerima banyak tentangan daripada pihak pengurusannya di Hollywood apabila dia memberitahu mereka mengenai rancangan untuk mengubah kesihatan fizikal ke arah yang lebih baik.

“Mereka seperti tertanya-tanya, kenapa nak buat macam tu? Ini kerana sebelum ini saya memperolehi berjuta-juta dollar sebagai gadis gemuk yang kelakar,” kata Wilson

Wilson yang juga terkenal menerusi filem Bridesmaid telah mendokumentasikan perjalanan transformasi fizikalnya menerusi media sosial Instagram beberapa tahun yang lalu.

Dengan penurunan berat badan yang ketara, Wilson menerima banyak perhatian dari pihak media namun pelakon itu mahu perhatian ditumpukan kepada kerjayanya berbanding tubuh badannya.

“Adakah itu yang perlu dilakukan oleh seorang wanita di dunia? Menurunkan berat badan untuk mendapat perhatian?

“Kenapa orang begitu taasub dengannya? Terutama sekali terhadap penampilan wanita. Saya tahu bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang pada dasarnya menjadi ‘halimunan’ oleh kebanyakan orang kerana tidak dilihat sebagai cantik.

“Susah untuk menyesuaikan diri dalam situasi begitu. Lebih baik menjadi versi yang paling sihat,” kata Wilson.

Wilson kini lebih mementingkan gaya hidup sihat dan sentiasa menyokong pengikutnya di media sosial untuk tidak mengalah dalam melakukan perubahan kepada hidup yang lebih sihat.

 

View this post on Instagram

A post shared by Rebel Wilson (@rebelwilson)

Malah, sebelum ini dia turut menjadikan tahun 2020 sebagai tahun kesihatan baginya.

“Saya tahu di lubuk hati yang mendalam, sesetengah pemakanan yang saya ambil dipengaruhi emosi dan sangat tidak sihat, saya tidak perlukan sebekas ais krim setiap malam,” jelas Wilson yang memberitahu dia merupakan seorang yang membiarkan emosi mempengaruhi cara pemakanannya sebelum ini.

Wilson memaklumkan dia akan muncul dalam beberapa filem yang akan datang dan meminta peminat untuk nantikannya.

Sumber: The Guardian dan BBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Mar 2021

Elizabeth Tan Dikhabarkan Sudah Berkahwin?

Mesti ramai yang patah hati ni..

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik. Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot. […]

Trending Tue, 22 Dec 2020
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Aliff Syukri Says It’s OK to Buy Fake Items Instead of Original Products

He seems to be very supportive about stealing intellectual property.

Trending Tue, 15 Jan 2019

Kerajaan M’sia akan mewujudkan akta pelindungan bagi hak dan kebajikan warga emas

Selepas ini, mereka yang mendera atau mengabaikan ibu bapa tua mereka akan dihukum!

error: Content is protected !!