Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 6, 2022 @ 12:53pm

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu G.E.M menerusi I’ll Be Missing You (Versi Mandarin).

Kolaborasi antara kedua pihak iaitu Faithful Publishing selaku penerbit lagu itu dengan pihak G.E.M sekaligus membuktikan lagu nyanyian asal Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Tuju dan Yonnyboii mempunyai kualiti tersendiri.

Dalam masa sama, kerjasama kedua pihak ini dilihat sebagai pembuka jalan untuk Faithful Publishing meningkatkan eksport lagu ke luar negara seterusnya memperkenalkan lagi kekuatan dan penciptaan lagu anak seni tanah air.

Pengarah Penerbitan Faithful Publishing, Karim Karam berkata, adaptasi lagu X Missing You kepada I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M adalah satu pencapaian dan penghargaan buat pencipta lagu tanah air.

“Proses rundingan ini mengambil masa lima bulan. Apabila ia berhasil, perkara ini dilihat mampu meningkatkan nilai eksport lagu tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Ini adalah langkah kecil yang pertama dalam usaha Faithful Publishing untuk meningkatkan eksport lagu tempatan ke pasaran antarabangsa. Dalam dunia digital hari ini, pencipta lagu dan syarikat penerbitan harus mempunyai pandangan yang lebih luas dan karya ciptaan mereka mampu untuk bersaing di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, penyanyi dan komposer lagu ini, Faizal Tahir mengakui tidak pernah menjangkakan sama sekali lagu ciptaannya diadaptasi dan dinyanyikan bintang antarabangsa.

“Alhamdulillah, sebagai seorang komposer dan penerbit sudah semestinya kita mahu pendengar menerima lagu kita dengan baik. Tapi untuk dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara bukan sesuatu yang saya jangkakan. Jadi sudah semestinya saya menerima dengan baik dan teruja dengan tawaran ini dari mulanya ia diberitahu kepada saya.

“Lebih lebih lagi jika ia mampu membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan seperti saya untuk dapat berkongsi idea dan bekerjasama dengan artis luar sekaligus menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia untuk turut melakukan sedemikian,” katanya.

Berkongsi mengenai keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter yang berbeza dalam lagu ini.

“Melalui nyanyian Dayang Nurfaizah, Yonnyboi, Tuju dan saya sendiri, bagi saya ini adalah kekuatan dan keunikan lagu ini. Setiap penyanyi membawa karakter tersendiri yang sangat unik dengan penyampaian yang sangat baik. Saya berpendapat itulah yang menjadi penarik perhatian kepada lagu ini sehingga ada artis luar yang berminat untuk menyanyikannya,” katanya.

Untuk rekod, lagu I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M kini sudah meraih lebih 1 juta tontonan di laman YouTube.

Sedikit info mengenai G.E.M atau nama sebenar Gloria Tang Tsz-kei, dia menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong. Dia juga penyanyi Mandopop wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik .

G.E.M juga satu-satunya bintang pop China dalam senarai BBC 100 Women dan Forbes 30 under 30.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Jul 2023

Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Nampaknya John Dihani dah minta maaf secara terbuka kat IG dia tu, tapi Shuib terima ke? 😌😌

Hiburan Mon, 18 Nov 2019
Featured Wed, 30 Nov 2022
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!

Featured Wed, 17 May 2023

Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Hadanah difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

error: Content is protected !!