Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 14, 2022 @ 4:30pm

“Kalau Memang Saya Iri Hati, Dari Dulu Saya Dah Buat” – Syura Tolak Dakwaan Cemburu Dengan Kejayaan Siti Nordiana

Pelantun lagu Nazam Berkasih, Syura, tampil menolak dakwaan kononnya beliau menyimpan rasa cemburu dan iri hati terhadap kejayaan rakan seperjuangannya, Siti Nordiana.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, menepis dakwaan tersebut sejak Siti Nordiana dinobat sebagai juara bagi program nyanyian popular menerusi stesen televisyen berbayar sejak 2015 lalu.

“Kalau saya memang iri hati, sejak dahulu saya dah lakukannya. Benda sudah jadi dengan izin Allah SWT dan berlaku tanpa niat saya, hadap sajalah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan Saman RM2.5 Juta, Siti Nordiana Mungkin Selesai Cara Baik

Bagaimanapun, Syura reda dengan apa yang berlaku dan dalam masa yang sama menjadikan isu tersebut sebagai pengajaran buat dirinya.

“Apa yang saya belajar daripada kes ini ialah dalam semua perhubungan, kita tak akan lari daripada masalah sama ada besar atau kecil. Mungkin ada sebab juga perkara tersebut berlaku.

“Kalau cakap pasal harapan, rasa-rasanya, saya mahupun pihak plaintif masing-masing inginkan satu keputusan yang baik untuk semua.

“Selepas semua ini berlaku, mungkin jadi pengajaran kepada pihak saya dan dia juga,” katanya.

Terdahulu, Syura, Lan Solo, Sheila Hassim, Sam Samin dan Razidah Ahmad terlibat dengan dakwaan saman fitnah di platform media sosial Instagram yang difailkan oleh penyanyi, Siti Nordiana.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Saman Fitnah Siti Nordiana: Sam Samin & Aida G Failkan Pembelaan, Akan Lawan Tuntunan Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman: Peguam Sam Samin & Aida G Nafi Dakwaan Fitnah Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Saman Siti Nordiana: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Luar Mahkamah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

《L.O.V.E.》宣传之旅最终站!陈奕迅:我真的需要休息了

《L.O.V.E.》马来西亚宣传之旅为最终站!陈奕迅松口气直叹:“我真的需要休息了~”

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini. Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya […]

Hiburan Sun, 8 Sep 2024

“Mungkin Lelaki Melayu Takut Nak Dekati Saya” – Aya Amiruddin

Aya dah la cantik, package kelakar lagi tau

error: Content is protected !!