Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 20, 2021 @ 7:46pm

Proses Mediasi Gagal, Perbicaraan Penuh Dilanjutkan – Siti Nordiana Dakwa Sering Disindir Di IG Live Oleh Lima Sekawan

Penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 37, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dirinya sering disindir di Instagram (IG) Live penyanyi Lan Solo, sehingga peminat mula menyedari perkara itu dan mempercayai kata-kata fitnah dilemparkan terhadapnya.

Menurut laporan Harian Metro, Nana dalam keterangannya berkata, siaran IG Live oleh lima individu termasuk Lan Solo dan Syura menyebabkan dirinya digambarkan sebagai individu yang angkuh, tidak menghormati orang dan bermoral rendah sehingga mengundang kecaman warganet.

Nana berkata demikian pada perbicaraan hari pertama kes saman difailkan terhadap penyanyi Syura, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hasim, Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar Samin dan jurusolek, Razidah Ahmad Senusi.

Menjawab soalan peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Lan, Sheila dan Syura sama ada IG Live itu ditujukan kepada beliau atau menyebut namanya, Nana menjawab: “Sebelum ini mereka dah banyak kali sindir saya di IG.”

Azlan: “Anda kata Lan Solo fitnah anda dengan menyatakan ‘sampai tak pandang kita ni siapa’ itu adalah fitnah. Apa perkataan fitnah yang cuba disampaikan?”

Nana: “Apa yang dia cakap, perangai saya tak elok, tidak menghormati orang, saya angkuh.”

“Konon tak pandang mereka siapa dan buatkan orang percaya sedangkan saya tidak pernah buat begitu pada mereka,” katanya.

Akibatnya, Nana berkata, beliau menerima kecaman netizen yang menyatakan beliau seorang bermuka-muka, mempunyai perangai tidak baik dan seorang penghidap bipolar.

“Di IG Live terdapat komen daripada netizen yang turut mengatakan ‘tak sangka Nana begitu, teruknya perangai Nana dan kasihan peminat dia,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal berhubung isu wang yang dibangkitkan, Nana berkata, ia menggambarkan beliau berkira soal wang selain seorang yang kedekut dan artis bermoral rendah.

“Kalau orang lain baca dan mereka akan anggap saya begitu…. padahal saya tidak begitu,” katanya.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara e-mel itu, turut menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Plaintif turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang ditentukan oleh mahkamah.

Prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan bersambung 19 November ini.

Terdahulu, kegagalan proses mediasi tuntutan kes saman fitnah Nana terhadap lima rakannya dilanjutkan kepada perbicaraan penuh bermula hari ini.

Nana ketika ditemui selepas prosiding enggan berkongsi sebarang butiran yang menjadi punca kegagalan mediasi terbabit.

“Program mediasi tu saya tak boleh nak cakap apa yang dibincangkan. Kami menghormati kedua-dua pihak. Yang pasti tak ada jalan penyelesaian ketika mediasi itu. Jadi kita terus ke mahkamahlah,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Macam Mana Nak Sorok Kalau…” – Bengang Didakwa Sengaja Tayang ‘Baby Bump’, Uyaina Arshad Minta Jangan Ganggu Emosi

Kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang tidak sengaja – Uyaina Arshad

Featured Tue, 6 Apr 2021

“Kena Tunjuk Bukti Buat Aktiviti..” – Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan?

Umum maklum, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran merentas negeri hangat menjadi perbincangan sejak akhir-akhir ini. Terbaru, tular satu memo mengenai para pemohon yang ingin merentas negeri perlu mengemukakan maklumat lengkap sepanjang perjalanan […]

Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

Trending Mon, 1 Apr 2019

Gambar Dan Video Rasmi Perkahwinan Penuh Gemilang Sultan Kelantan Akhirnya Tular

Pasangan ini kini dikatakan sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai diraja. 

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Bermula Dari Gurauan… Mohd Mentor & Zwen Superchild Berjaya Kumpul RM600, Peminat Sumbang Untuk Rakam ‘Huru Hara Raya’

Juara program realiti Mentor 4, Mohd bergabung dengan Zwen Superchild dalam Huru Hara Raya.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Balu Abam Bocey Rasa Belum Menang Kes Saman, Memilih Berdiam Diri

Allah Maha Adil. Semoga dipermudahkan segala urusan

Featured Fri, 12 Dec 2025

Erra Fazira Akui Pernah Trauma, Anggap Keputusan Kahwin Kali Ketiga Adalah Tepat – “Saya Niat Kerana Allah & Ini Semua Aturan Dia”

Erra juga sempat mendedahkan, ‘Sayang’ adalah panggilan mesra buat suami tercinta kera merasakan panggilan itu manis walaupun sedikit ‘old school’.

Trending Wed, 17 Feb 2021

“Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Takutnya, apapun semoga Andi Bernadee kembali sihat…

error: Content is protected !!