Euforia Bola 2026
Trending By: Padin January 17, 2022 @ 9:39am

Jom Sertai Program Realiti Terbaharu TV3! Fit For Action Bakal Adakan Uji Bakat Terbuka Pada 29 & 30 Januari Ini

Program realiti terbaharu TV3, Fit For Action (FFA) meneruskan pencarian peserta yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon. Jangan melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat terbuka yang akan berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022 di Sri Pentas, Bandar Utama dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

FFA bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 8 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan. Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam sebuah drama yang bakal disiarkan di saluran TV Media Prima.

Jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen, apa lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun. Untuk sesi uji bakat terbuka yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 Januari 2022, pastikan anda membawa gambar berukuran saiz pasport dan juga keputusan ujian saringan Covid-19 ketika hadir ke sesi uji bakat.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Featured Tue, 11 Apr 2023
Trending Tue, 3 Aug 2021
Featured Thu, 5 Jan 2023

Lucu! Slang Maryam Younarae Luah Perasaan Buat Netizen Terhibur – “Balik Malaysia Rasanya…”

Pasangan pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae pulang ke Korea bersama dengan anak perempuan mereka, Rina sekitar bulan lalu. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Maryam di TikTok yang memaparkan dirinya sedang […]

Trending Thu, 13 Aug 2020
error: Content is protected !!