Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin March 9, 2022 @ 4:05pm

#AJL36: “Tak Sempat Nak Rasa Penat” – Shila Amzah Akui Duet Bersama SOG Adalah Peluang Paling Bermakna

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) bergandingan bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) menerusi lagu Pelukan Angkasa, Shila Amzah mengakui pengalaman bersama SOG pada AJL kali ini adalah satu peluang paling bermakna buat dirinya.

Malah, beliau bersyukur dan menyifatkan penglibatannya bersama SOG pada AJL 36 antara yang paling rileks kerana dikelilingi dengan aura dan ‘energy’ setiap ahli kumpulan sehingga tidak berasa penat langsung sepanjang melakukan latihan.

“Saya rasa cukup bersyukur kerana dapat peluang adakan projek Pelukan Angkasa bersama SOG dan Kak Faz. Saya rasa ini merupakan satu peluang yang cukup bermakna buat saya.

“Cumanya kali ini personally, saya rasa cukup rileks sebab bila AJL saya yang akan tulis lagu sendiri so dia punya nervous tu lain macam. Tapi sebab budak-budak ni diorang punya energy punyalah banyak sampai tak sempat nak penat.

“So, i have to say that they make this journey worth while,” katanya.

Justeru itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama SOG pada masa akan datang.

Menurutnya, tak timbul isu untuk mengekspresikan jiwa yang lara tetapi pemenang Asian Wave ini mengakui dia sebenarnya meminati lagu-lagu bergenre rock.

“Semestinya saya tidak akan menolak. Saya sebenarnya secara… bukanlah nak mengekpresikan jiwa yang lara sebelum-sebelum nitapi sebagai seorang Shila Amzah, saya sebenarnya suka lagu rock.

“Tapi sebelum ni macam banyak buat lagu baladaso sekaran ni bila saya dah ada freedom so bolehlah saya buat lagu-lagu macam ni dengan SOG,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Dec 2024
Trending Sat, 7 Dec 2019

Berjasa Sampai Hujung Nyawa, Sedekah 1500 Kampit Beras

Ini Permintaan Terakhir Cikgu Ghani . Al-Fatihah

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Wed, 19 Jun 2024
Trending Sat, 17 Jul 2021

“Hal Seperti Ini Seeloknya…” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Caprice vs Ebit Lew

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberikan respons terhadap isu panas yang melibatkan penyanyi rap, Caprice dan pendakwah Ustaz Ebit Lew. Berharap agar perselisihan faham ini dapat […]

Hiburan Thu, 3 Apr 2025
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Terbitan Bersama Malaysia, Thailand… Philip Keung & Eric Lay Kongsi Cabaran Dalam Filem Seram ‘Kong Tao’

Filem seram terbitan bersama Malaysia dan Thailand, Kong Tao bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

error: Content is protected !!