Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 11, 2022 @ 6:37pm

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah memohon agar diberikan ruang untuk fokus terhadap diri sendiri.

Selepas kemenangan AJL 36, Shila kembali terkait dengan isu bersama pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad yang menjadi usikan wargamaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Ada, Adalah…” – Kembali Berjodoh Dengan Shila Amzah? Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Takdir

Terkini, pelantun lagu Patah Seribu itu meluahkan isi hatinya dengan menyeru orang ramai untuk memberikan sedikit ruang kerana Shila mahu memberi sepenuh tumpuan kepada dirinya.

“Dikala muda, Sha selalu akan cepat terguris dengan negativity. Benda yang orang cakap, benda yang orang tulis. Apa sahajalah yang berbaur negatif, Sha akan sangat cepat tersinggung.

“But as the year goes by, I realised that, it was the stupidest thing to do sebab people will keep the receipt, it will eventually hit you back harder even though you are not at fault.

“Sha okay je tau.. Tapi if kalian okay with me, please bagi Sha ruang,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram.

Tambah Shila lagi, ini adalah kali pertama dia dapat memberi fokus kepada dirinya setelah pelbagai ujian yang dialami, termasuklah isu rumah tangga.

“Selepas bercerai, Iddah pun belum habis lagi. This is the first time I get to, focus on me,” luahnya.

Ujarnya lagi, dia tidak bersedia dan masih belum sembuh untuk memulakan kehidupan yang baharu tidak kira dengan siapa pun gerangan individu tersebut.

Bagaimanapun, Shila sempat mengucapkan kata syukur dan dia amat berterima kasih kepada orang ramai yang mengirimkan doa baik-baik kepada dirinya.

“Sebagai seorang wanita, Sha bersyukur atas segala doa yang baik-baik.

“Kesediaan utk memulai apa pun dengan siapa pun.. memang jauh lagi dan tiada.

“Sha masih belum sembuh, fokus Sha satu-satunya adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk Seth dan segala yang lain bukanlah priority untuk Sha.

“Sayang semua, thank you sebab banyak bagi kata-kata semangat di comment dan DM. Sha hargai semuanya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Featured Fri, 30 Aug 2024
Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Terbang ke Palu, Fara Fauzana Ajak Zara Zya, Shila Amzah Dan Jihan Muse Sertai Bantuan Kemanusiaan

Akui penyampai program digital D Bilique ini, dia dan rakan-rakan bakal menyediakan hidangan istimewa yang dimasak khas oleh Zara Zya.

Hiburan Wed, 27 Dec 2023
Hiburan Thu, 5 Jun 2025
Hiburan Fri, 18 Jul 2025
error: Content is protected !!