Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 5:53am

Akui Agak Terlambat Masuk Industri, Frontliner Ini Kejar Cita-Cita Sebagai Penyanyi

Penyanyi baru, Adami Hairi, 32, akui masih ramai yang belum menyedari kewujudan dirinya dalam industri hiburan selama ini.

Menurut Adami, dia sebenarnya sudah mula aktif menyanyi sejak berusia 18 tahun lagi. Namun Adami sentiasa percaya pada rezeki dan ketentuan Allah SWT.

“Saya ada juga terfikir mungkin saya agak lambat masuk industri, tapi sebenarnya saya dah mula aktif sejak berusia 18 tahun lagi. Mungkin masih ramai yang belum mengetahui kehadiran saya selama ini.

“Saya juga tahu dalam industri sekarang, ramai penyanyi baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Boleh dikatakan, hampir setiap hari ada saja wajah-wajah baru.

“Bagi saya, persaingan itu memang ada, namun saya yakin setiap penyanyi mempunyai genre yang berbeza. Saya percaya pada rezeki Allah, bila ada usaha Insya-Allah akan tercapai, bezanya kita akan dapat cepat atau lambat,” katanya.

Untuk makluman, Adami merupakan petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Unit Kawalan Penyakit, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Melaka.

Bercakap mengenai kerjaya hakikinya itu, Adami yang juga anak kelahiran Jasin akui masih menumpukan lebih perhatian dan perlu bijak membahagikan masa.

“Kerja hakiki adalah sumber rezeki saya juga. Cabaran utama untuk saya sekarang adalah masa. Saya harus lebih bijak dalam membahagikan masa untuk kerja hakiki dan sebagai seorang penyanyi.

“Untuk masa sekarang ini, saya akan fokuskan dahulu waktu bekerja sebagai petugas kesihatan,” jelasnya.

Adami tampil dengan single sulung ciptaan sepenuhnya oleh Rosli Ahmad dan diterbitkan Radical Record Studio yang berjudul Forte.

“Lagu Forte ini mengisahkan tentang penceritaan saya sendiri, dari dahulu sehingga kini betapa sukarnya untuk capai ke tahap ini, dan akhirnya membuktikan pada mereka yang pernah merendahkan saya. Dahulu ada rakan-rakan yang tidak memberikan sokongan, sekarang Alhamdulillah perkara yang saya impikan jadi kenyataan.

“Dalam pada itu, mungkin ramai juga yang tertanya maksud Forte, ia diambil daripada Bahasa Itali yang bermaksud kuat,” ujarnya.

Justeru, Adami berharap agar dapat para pendengar dapat menerima single Forte dan semestinya kehadiran dirinya dalam dunia seni tanah air.

“Saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, cuma saya berharap agar pendengar di luar sana menerima karya ini juga kehadiran diri saya dalam industri. Saya harap para pendengar boleh memberikan sokongan kepada saya.

“Lagu Forte ini juga pernah berada dalam carta radio beberapa minggu di Melaka FM juga pernah menjadi juara carta. Bagi saya yang masih baru lagi, saya sendiri rasa gembira apabila lagu ini diterima oleh para pendengar. Apapun, saya akan terus memperjuangkan karya ini.

“Seperti yang saya katakan, saya sentiasa percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah, yang penting kita usaha,” katanya menutup bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Nov 2021

“Kita Tak Boleh Jadi Pelakon Hebat Dalam Masa 7 Hari” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon tersohor Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, 59, berharap generasi pelapis dalam dunia hiburan mempunyai sikap menghormati ilmu untuk sekiranya mahu bergelar bintang seni yang mempunyai kualiti. Bakal mengeluarkan buku berjudul Mencari Noriah pada Januari […]

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

‘Dia Baik Orangnya, Tindakan Mungkin Provokasi’- Namron Komen Isu Syafie Naswip

Walaupun kami tidak rapat tetapi saya percaya dia seorang yang baik akhlaknya.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Mon, 4 Apr 2022

“Bertujuan Beri Teguran Kepada..” – Iqram Dinzly Respons Isu Video Sarung Baju Dalam Wanita Sambil Selawat 

Oh ini rupanya maksud video viral tu, tetapi sampai ke kepada ‘golongan’ tersebut?

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!