Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 17, 2022 @ 8:27am

Pernah Bekerjasama Dengan Maher Zain, Syed Salahuddin Muncul Dengan Iktiraf

Pernah trending di YouTube Malaysia dengan alunan suaranya di dalam cover Hanya Rindu versi bahasa Arab, bakat baru naungan Tarbiah Sentap Records, Syed Salahuddin mula dikenali dalam kalangan peminat irama nasyid di nusantara.

Syed yang sebelum ini sering menyanyikan lagu-lagu cover ke dalam versi bahasa Arab telah berjaya memikat hati para pendengar hingga mendapat liputan pihak media dari Indonesia.

Terbaharu, pemuda kacukan Arab dan Melayu itu kini muncul dengan single perdana berjudul Iktiraf yang baru sahaja dilancarkan.

Menurut Syed, Iktiraf memiliki keunikannya tersendiri kerana ia bukan hanya diolah dari sebuah syair arab tradisional tetapi ia turut disulam bersama doa-doa amalan para ulamak dan para Nabi.

“Pada saya keunikan Iktiraf terletak pada bait liriknya. Kita himpunkan beberapa doa dan juga syair, yang mana semuanya digabungkan di dalam satu lagu.

“Lirik pada rangkap awal Iktiraf ini diolah dari doa yang diajarkan oleh seorang ulama’ bernama Syeikh Mutawalli Sya’rawi, kemudian doa yang diajarkan baginda Rasulullah SAW dimasukkan dalam rangkap yang seterusnya.

“Doa taubat yang pernah dilafazkan Nabi Adam AS saat diusir dari Syurga juga ada diselitkan dalam lagu ini.

“Pendek kata, siapa yang hafal lirik lagu ni, sekaligus dia dah hafal maksud beberapa doa taubat,” katanya.

Menerusi lagu ini juga, Syed cuba membawakan kelainan di dalam penyampaian lagu tersebut berbeza dari artis-artis Tarbiah Sentap lain, dengan menerapkan gaya lenggok irama Melayu dan Arab.

Biarpun Syed baru sahaja memiliki single pertama, penyanyi yang berasal dari Ipoh, Perak itu bukanlah individu yang asing di dalam industri muzik.

Graduan Kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar itu pernah dilamar oleh syarikat Awakening Records untuk membantu menyiapkan album Maher Zain ketika beliau masih bergelar mahasiswa Al-Azhar.

“Sebelum ini saya pernah diberikan peluang untuk berkerjasama dengan Awakening Records bagi menyiapkan rakaman suara latar dua album vocal only Maher Zain dengan bantuan artis popular Mesir, Hamza Namira. Proses merakamkan suara latar dua album tu mengambil masa kira-kira dua bulan.

“Alhamdulillah, itu satu pengalaman yang sangat menarik dan banyak saya belajar pada masa tu dari segi cara kerja mereka dan proses kerja-kerja rakaman yang mereka buat.

“Pengalaman sepanjang dua bulan itu sedikit sebanyak membantu dalam membina keupayaan sebagai penyanyi nasyid dan pendakwah dalam dunia seni,” katanya lagi.

Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu Iktiraf, video muzik karya tersebut kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube Tarbiah Sentap dan sedia dimainkan di semua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Jan 2026
Featured Tue, 2 Jul 2024

Pelawak Dan Isteri Direman Dua Hari Sebar Maklumat Dalaman Polis

Siapakah gerangan pelawak itu🧐🧐🧐

Featured Fri, 10 Sep 2021

Hanya Mampu Titip Doa, 8 Ahli Keluarga Almy Nadia Positif Covid-19

Lapan ahli keluarga pelakon Datin Almy Nadia kini positif Covid-19. Menurut Almy, ahli keluarganya yang positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat orang anak mereka. Turut dijangkiti adalah anak angkat Almy yang kini […]

Contest Wed, 2 Oct 2019

Single “Andai Nanti” Serlah Kematangan Vokal Mu’izz Zulqarnain

Terus support Mu’izz dan jangan lupa tonton video klip Andai Nanti okay!

Hiburan Sat, 7 Sep 2024
Contest Mon, 22 Jul 2019

Korang Jangan Lupa Dapatkan Klu Seterusnya Dalam #ICSYVMY Musim Kedua!

Dapatkan klu seterusnya dalam #ICSYVMY #SuaraSiapaTu Ahad ini!

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Hilang 20 Kg, Apa Rahsia Ramlah Ram?

Sebelum ini berat badan saya 70 kilogram dan ada juga kawan-kawan ‘membawang’ pasal saya tetapi itulah orang kata buat kita semangat. Terbaiklah kak!

error: Content is protected !!