Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 18, 2022 @ 6:43pm

“Saya Tiada Kuasa Untuk Campur Tangan Urusan Mahkamah..” – Sekadar Bergambar, Zahid Hamidi Nafi Dakwaan ‘Lindungi’ Siti Bainun

Baru-baru ini sebuah foto yang melibatkan keluarga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali tular di serata media sosial sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan dan spekulasi.

Disebabkan foto mereka yang tampak akrab itu, segelintir netizen mendakwa Zahid Hamidi cuba untuk melindungi Siti Bainun dengan bantu mengupah 10 peguam bela dalam kes penderaan melibatkan remaja sindrom down bernama Bella.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi miliknya, Zahid Hamidi meluahkan rasa kesal atas dakwaan tersebut dan turut menafikan ‘berkomplot’ dengan Siti Bainun.

Malah, menjawab soal foto yang tulat itu, beliau berkata tuduhan tersebut dianggap tidak berasas kerana sebagai seorang pemimpin beliau tidak menolak permintaan orang ramai untuk bergambar.

“Sebagai insan seperti anda semua tentunya saya juga mengharapkan keadilan buat Bella dapat ditegakkan.

“Terlalu banyak insiden menyayat hati dilaporkan dalam kes tersebut dan pastinya semua mahukan kebenaran.

“Tetapi saya berasa kesal apabila diberitahu tiba-tiba ada pihak cuba mengaitkan saya dengan kes tersebut.

“Menuduh saya cuba melindungi tertuduh dengan mengaitkan tertuduh memiliki 10 peguam bela kerana saya.

“Maka terpaksalah saya akui saya pernah membantu ramai individu sepanjang penglibatan dalam politik.

“Termasuk mereka yang meminta bantuan dan sumbangan kewangan untuk tujuan kebajikan.

“Namun saya sama sekali tidak akan melindungi sesiapa saja antara mereka itu jika didakwa terlibat dalam jenayah.

“Hanya dengan mengaitkan gambar saya dengan tertuduh juga tidak berasas, sebagai seorang pemimpin mana mungkin menolak permintaan sesiapa sahaja untuk bergambar,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi mahkamah.

“Biarlah mahkamah yang menentukan kebenaran melalui proses perbicaraan yang adil dan saksama.

“Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal.

“Bagaimana saya boleh melakukannya walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.

“Saya tidak berada dalam kerajaan untuk menekan pihak pendakwaan seperti yang dilakukan kerajaan 22 bulan,” tambahnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Oct 2020
Trending Mon, 20 Aug 2018

Atlet Taekwondo Yap Khim Wen Sumbang Pingat Pertama Buat Malaysia. Tahniah!

Kejayaan Khim Wen menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun kem taekwondo negara di pentas Sukan Asia sejak gandingan Lee Pei Fen dan Lee Wan Yuen merangkul gangsa dalam acara kyorugi wanita pada edisi 2002 di Busan, Korea Selatan.

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

“Susah Kalau Wajah Sama” – Adik Mahu Jadi Pelakon, Amir Ahnaf Beri ‘Tamparan Realiti’ Dalam Dunia Seni

Amir menyimpan impian besar untuk menubuhkan syarikat produksi muzik sendiri

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Featured Fri, 22 Nov 2019

12 tanda hendak bersalin. Kalau rasa, jangan lengah ya!

Jangan risau, bila tatap wajah anak hilang semua rasa sakit!

Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Rebecca Nur Al Islam Panggil Bonda Rozita ‘Kakak Iparku’, Ibu Aliff Syukri Didakwa Dah Kahwin Baru?

Status Bonda Rozita jadi perhatian, sosok lelaki didakwa abang Rebecca Nur Al Islam

Featured Wed, 7 Apr 2021

Dari Geng Sidai Ke Kene Sidai, Ryan Deedat Dedah Inspirasi Single Terbaru

Penyanyi, Ryan Deedat kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Kena Sidai berkolaborasi bersama komposer muda, Heil Nuan dan rapper, Killa Drilz. Menurut Ryan Deedat, perkataan KENE SIDAI amat sinonim dengan pengikut Instagram miliknya memandangkan […]

error: Content is protected !!