Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 22, 2022 @ 3:23pm

Shakilla Khoriri Nafi Berbincang Dengan Bekas Suami Untuk Rujuk Semula – “Saya Tak Ada Keluarkan Kenyataan Memujuk..”

Pelakon Shakilla Khoriri menafikan dakwaan mengenai kenyataannya yang dikatakan ada berbincang dengan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali untuk rujuk semula.

Susulan itu, Shakilla yang terkejut dengan berita itu memuat naik satu kenyataan di akaun Instagram miliknya untuk menjernihkan keadaan kerana enggan membuatkan ramai pihak tersalah faham.

“Rasanya saya tak ada keluarkan ayat MEMUJUK atau sudah BERBINCANG untuk kembali bersama.

“Maafkan saya jika saya terlupa apa yang saya ingin katakan tapi jika ada saya mohon perdengarkan balik pada saya rakaman ayat saya cakap macam tu.

“Jika tidak ADA atau kalian tersalah tulis mohon perbetulkan penulisan supaya tidak ramai lagi pihak yang TERSALAH faham atau memandang serong pada kenyataan yang keluar hari ini,” tulisnya.

Sementara itu, Fizi turut memuat naik satu hantaran di Instagram Story miliknya yang seakan menafikan dakwaan mereka ada berbincang.

“Bincang?? Bincang apa?? Mana ada… pelik,” tulisnya.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia. Bagaimanapun, pasangan selebriti ini berpisah pada 15 Disember 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Artis Popular Didakwa Selasa Ini, Disyaki Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Perempuan 17 Tahun

Selebriti didakwa Selasa ini isu amang seksual perempuan 17 tahun

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Kes Mahkamah Mon, 8 Dec 2025

Azlan Komeng Didakwa Muflis, Nilam Ortiz Bukan Warganegera… Cik Pia Tuntut Tarik Balik Saman & Mohon Jaminan Kos RM75,000

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia memohon mahkamah mengenakan jaminan kos berjumlah RM75,000 terhadap pelakon Azlan Komeng dan isteri, Nur Nilam Ortiz susulan tindakan saman fitnah yang difailkan […]

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

“Kesempurnaan Tak Dapat Dicari, Menyempurnakan Itu Yang Terbaik” – Shuk Sahar

Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar (33) membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah melalui sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Melalui perkongsian itu, Shuk […]

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Min setuju apa yang Alif bagitahu tu! Tapi jangan risau ye peserta lahir tahun 2007 yang akan dipanggil

error: Content is protected !!