Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 22, 2022 @ 7:47pm

“Saya Mengangkat Tangan Untuk Menyokong Bella..” – Tindakan Lelaki Ini Minta Orang Ramai ‘High 5’ Sebagai Tanda Solidariti Untuk #JusticeforBella Undang Sebak

“Saya Mengangkat Tangan Tanda Sokong Bella..” – Tindakan Lelaki Ini Minta Orang Ramai ‘High 5’ Sebagai Tanda Solidariti Untuk #JusticeforBella Undang Sebak

Kisah penderaan membabitkan remaja sindrom down, Bella dan Orang Kena Tuduh (OKT), pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun sememangnya sangat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

Penderitaan yang berlaku kepada anak syurga itu membuatkan warganagera Malaysia memohon keadilan dan bersepakat untuk tunjuk solidariti dengan tanda pagar #JusticeforBella.

Baru-baru ini, sebuah video tular di ruangan media sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki membuat tanda solidariti secara terbuka di sebuah bazar dipercayai di Bandar Penawar, Johor.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan menggunakan kertas manila kad yang digantungkan di badannya bertulis ‘Saya mengangkat tangan untuk menyokong Bella, anda bersama saya? Give me 5’ telah mengundang sebak wargamaya.

Dapat dilihat orang ramai di kawasan persekitaran bazar tersebut tampil memberi ‘High 5’ kepada lelaki tersebut sebagai tanda sokong untuk solidariti #JusticeforBella

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan perasaan mereka yang sedih serta memuji tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sangat membanggakan rakyat Malaysia.

Ada juga dalam kalangan mereka yang sempat menitipkan doa kepada adik Bella dan menyeru agar keadilan akan terbongkar tidak lama lagi.

Video yang berdurasi 30 minit itu kini mencecah lebih 500,000 tontonan, 50,000 tanda suka dan  lebih 3,000 komen.

@cixyara_

#justiceforbella #keadilanharusditegakkan

♬ bunyi asal – Sirapais. – Sirapais.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023

Kongsi Momen Kucup Ibu Buat Kali Terakhir, Chef Wan Luah Rasa Sebak – “Berat Sungguh Kaki Mahu Tinggalkan Emak…”

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail, 66, atau Chef Wan berkongsi rasa sebak apabila terpaksa meninggalkan kubur ibunya, namun dalam masa yang sama tetap bersyukur kerana segala proses menguruskan jenazah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Perkara […]

Featured Mon, 8 Jan 2024

Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

Mashaa-Allah, Datin ni memang jadi inspirasi betul lah… tak pernah rasa give up mendoakan yang terbaik buat Sarah❤️

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama 2 Ahli Keluarga Tampil Beri Keterangan Di IPD

Semoga cepat selesai misteri pembunuhan adik Zayn Rayyan

Featured Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Nak Masak Ayam Goreng Ala KFC, Semestinya Menjilat Jari

Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini.

Hiburan Thu, 29 May 2025
error: Content is protected !!