Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 24, 2022 @ 2:07pm

Laporan PAC Mengenai Perolehan MySejahtera Dibentang Julai Ini

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh, melaporkan mengenai pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera akan dibentang dalam sidang Dewan Rakyat Julai ini, semalam.

Menurut beliau, PAC meminta agar Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun membenarkan laporan itu dibahaskan oleh Ahli Parlimen sekurang-kurangnya dalam tempoh sehari.

“PAC juga mencadangkan agar kerajaan mengambil kira pandangan laporan PAC yang bakal dibentang dan perbahasan Ahli Ahli Parlimen sebelum mengambil keputusan yang melibatkan implikasi kewangan dalam isu pembangunan aplikasi itu,” menerusi kenyataannya semalam.

Selain itu, beliau turut menjelaskan PAC telah mengadakan prosiding kedua mengenai isu itu membabitkan tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada Khamis lepas .

Prosiding itu telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembanqunan) JPM Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Datuk Mohamad Ismail, Ketua Pengarah MAMPU Datuk Seri Dr Yusoff Ismail, Ketua Pengarah MKN Datuk Rodzi Md Saad serta Ketua Eksekutif NASA Rahamzan Hashim.

Dalam pada itu, beliau berkata prosiding pertama telah dihadiri Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 14 April lalu.

“Prosiding pada Khamis memfokus kepada pihak terlibat dalam pelantikan syarikat KPI Soft Sdn Bhd (nama terkini Entomo Malaysia Sdn Bhd) untuk membangunkan MySejahtera, kelangsungan konsep CSR yang dicadangkan dan ketidakwujudan kontrak rasmi antara kerajaan dengan syarikat pembangun.

“Turut menjadi fokus PAC ialah pemilikan aplikasi MySejahtera khasnya pegangan harta intelek
dan pendirian KPI Soft atau MySj Sdn Bhd terhadap tuntutan pemilikan harta intelek seperti yang termaktub dalam dokumen Mahkamah dan dokumen berkaitan,” katanya.

Walaubagaimanapun, PAC akan meneliti segala keterangan, dokumen serta minit mesyuarat yang diperoleh dan akan membuat keputusan sama ada memanggil saksi lanjut.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 7 Aug 2022
Trending Thu, 26 Jul 2018

Gara-Gara Wajah Seiras Khairy Jamaluddin, Syafiq Khairil Mula Diburu

Bukan saja raut wajah mereka seakan sama, mereka juga berkongsi hobi bersukan yang sama.

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Terus M*ki Hamun Saya Persoal SOP” – Alyah Bidas Kritikan Rentas Negeri Ke Langkawi

Selepas isu pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang dikritik kerana merentas negeri di Langkawi kini penyanyi terkenal, Datin Alyah menerima nasib yang sama. Terbaru, kunjungan Alyah ke Langkawi atas urusan kerja telah mendapat kritikan […]

Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Featured Sat, 24 Dec 2022
Hiburan Sat, 16 Aug 2025
Featured Sat, 24 Jul 2021

“Netizen Jangan Taasub Dan Cuba Jadi Hakim..”- PU Syed Tegur Netizen Isu Ebit Lew & Caprice

Isu melibatkan misi bantuan kemanusiaan antara Ebit Lew dan Caprice semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Ebit Lew mahupun Caprice tidak menunjukkan tanda-tanda mereka akan menemui jalan penyelesaian. Walaubagaimanapun, […]

error: Content is protected !!