Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain April 26, 2022 @ 3:24pm

Tiket Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 Selling Fast, Sudah 70% Terjual

Penyanyi Aina Abdul memaklumkan tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 sudah mula dijual sejak semalam.

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 itu akan diadakan di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, ramai peminatnya yang sudah mendapatkan tiket untuk ke konsert tersebut.

“Dah beli fool orange seat,” komen seorang peminatnya.

“Sempat berperang untuk seat reminiscing. See you there!,” tulis seorang pengikutnya.

“Dah hampir sold out gold seat tu…fuh bukan kaleng-kaleng,” komen seorang pengikutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menerusi pemerhatian XTRA di laman web penjualan tiket konsert terbabit di www.ticket2u.com.my, sudah 70 peratus tiket telah habis dijual untuk kedua-dua malam.

Sebelum ini, Aina dikatakan sedang mencari penaja untuk menjayakan konsertnya itu.

Menurut Aina, konsert tersebut akan diadakan kerana sambutan terhadap A Night With Aina Abdul 1.0 yang berlangsung pada tahun lalu, mendorongnya untuk mengadakan konsert berskala lebih besar.

“Disebabkan itu, saya dan pasukan Aina Abdul Entertainment kini sedang mencari mana-mana pihak yang sudi bekerjasama untuk menaja konsert ini.

“Selepas melihat tiket konsert habis terjual dalam tempoh dua hari, tahun lalu membuatkan saya lebih bersemangat menjayakan konsert lebih besar.

“Doakanlah semoga segala urusan dipermudahkan dan mendapat penaja pada penganjuran kali ini,” kata Aina.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 May 2025

Filem ‘Gayong’ Tembus Pasaran Antarabangsa, Bakal Ditayangkan Di 33 Negara Amerika Latin

Filem ini berjaya menarik perhatian pengedar dari rantau tersebut.

Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana

Hiburan Tue, 9 Sep 2025
Events Fri, 13 Jan 2023
error: Content is protected !!