Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 17, 2022 @ 2:11pm

Bakal Jadi Biopik Terhebat, Filem Mat Kilau Menemui Penonton 23 Jun Ini

Karya biografi terbaharu arahan sutradara terkemuka, Syamsul Yusof yang diterbitkan oleh Studio Kembara, Mat Kilau bakal menemui penonton di pawagam pada 23 Jun ini.

Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.

Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty (Ibu Yassin).

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.

“Filam arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.

Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.

Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.

Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.

Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan sejak 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Menang Atau Kalah, Nana Redha…

Nana serah kepada peminat?

Featured Fri, 16 Dec 2022
Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Adira AF 8 menasihati semua supaya lebih menghargai orang tua selagi mereka masih hidup

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Featured Sun, 16 Feb 2025

AJL39: Hael Husaini ‘Upah’ Bodyguard Demi AJL? Harap Kesihatan Stabil Tidak Jejaskan Persembahan

“Saya harap kesihatan saya stabil dan AJL39 kali ini memberikan impak yang besar untuk industri kita ditahun 2025 ini.

Hiburan Mon, 8 Jun 2026

“Nak Ambil Semangat Dia Untuk AJL” – Wani Kayrie Akui Terpukau Lihat Persembahan Anggrek Bawa Lagu Cak Cak Cekuk

Wani mengakui persembahan Anggrek yang berusia sembilan tahun memberi inspirasi kepadanya untuk membawa semangat kanak-kanak itu ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40)

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Johan As’ari Tak Kisah Kalau Tak Jadi Kahwin?

Kita doa yang baik-baik untuk Johan & Letty okay!

error: Content is protected !!