Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 4, 2022 @ 7:24pm

[VIDEO] Minta Izin Sebelum Sentuh Perut, Uyaina Arshad Hindar Perkara Buruk – “Kita Tidak Tahu Niat Orang…”

Baru-baru ini Uyaina Arshad memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan dirinya mengelak apabila ada individu yang ingin menyentuh perutnya ketika usia kandungannya kini hampir memasuki trimester kedua.

Uyaina Arshad atau nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, mengakui dia mengambil langkah berjaga-jaga apabila ada orang sekeliling yang tidak rapat mahu menyentuh perutnya kerana tidak mahu perkara buruk berlaku kepada kandungannya.

Memetik daripada laporan mStar, Uyaina memahami bahawa ramai yang teruja bila melihat ibu mengandung dan perbuatan menyentuh perut telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

“Saya tidaklah terlalu rigid, tetapi jika ada yang tidak rapat mahu sentuh perut memang rasa tidak selesa. Melainkan mereka betul-betul rapat dengan saya tidak ada masalah.

“Jika melihat ibu mengandung pun saya akan minta izin dahulu untuk sentuh perut. Kita tidak tahu niat orang lain. Lebih baik berhati-hati untuk elak perkara buruk berlaku.

“Bagaimanapun ada juga rasa kasihan apabila sesetengah orang sentuh perut ibu mengandung kerana mahu mengambil berkat supaya mereka dikurniakan rezeki sama,” ujarnya.

Jelasnya, video yang dimuat naik itu sekadar hiburan dan suka-suka sahaja malah ibunya turut berpesan perkara yang sama tentang isu sentuh perut ini antara pantang larang yang lazim dalam kalangan masyarakat.

“Video tersebut hanya suka-suka sahaja. Ibu juga ada pesan perkara yang sama tentang isu sentuh perut. Rasanya ia sudah menjadi satu pantang larang yang biasa dalam kalangan masyarakat,” kongsinya.

Ditanya mengenai penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan, Uyaina memaklumkan yang dia banyak mengikut nasihat doktor disamping mengamalkan makanan sihat seperti buah-buahan dan melakukan senaman bagi memudahkan proses bersalin tidak lama lagi.

“Sepanjang tempoh hamil ini saya banyak ikut nasihat doktor untuk menjaga kesihatan. Selain mengambil makanan berkhasiat seperti buah-buahan, saya juga amalkan senaman bagi memudahkan proses bersalin nanti,” kata Uyaina.

Untuk rekod, Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raja Syahiran pada 20 Disember 2021 di Kuala Lumpur. Uyaina dijangka akan melahirkan cahaya mata pertama mereka pada September ini.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa – TS Musa Hassan

Featured Mon, 23 May 2022
Trending Mon, 16 Dec 2019

Semata Nak Kaut Untung, Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Sakit Belakang Tak Halang Hafiz Bergelar Mentor

Hafiz memberitahu dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Biarpun Hafiz mengalami sakit tulang belakang sejak tiga lalu, undangan menyanyi tetap ada.

Hiburan Mon, 30 Jun 2025

Dakwa Jadi Mangsa Ciplak, Noraniza Idris Luah Rasa Kecewa

Alamak, Kak Ani jadi mangsa ciplak ke?

Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Hiburan Wed, 27 Aug 2025
Featured Sat, 12 Apr 2025
error: Content is protected !!