Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 7, 2022 @ 5:53pm

Tular Lakaran Lukisan Wajah ‘Penyihir’, Ustaz Kazim Elias Mohon Henti Sebarkan… ‘Pawang’ Akui Hanya Ikut Permintaan Ramai

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘pawang diraja’ telah berkongsi satu video menunjukkan lakaran dua ‘jelmaan’ yang kononnya telah menyihir pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias.

Video tersebut tular di serata media sosial sehingga telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, termasuklah Ustaz Kazim yang turut terkejut dengan pendedahan tersebut.

Ustaz Kazim tampil menjawab isu berkenaan apabila ramai yang berkongsi mengenai video terbabit kepadanya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya, Ustaz Kazim memohon agar ‘pawang’ berkenaan menurunkan video tersebut bagi mengelakkan fitnah.

“Saya dapat banyak kiriman dari TikTok lakaran lukisan kononnya orang yang melakukan sihir.

“Jangan menimbulkan tanggapan tuduhan kepada sesiapa pun dan perkara begini bukan daripada kaedah perawatan yang dibenarkan.

“Saya berharap pemilik akuan TikTok berkenaan memadam gambar ini,” katanya.

Susulan itu, pelaku yang dikenali ‘Neo Pawang Diraja’ membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ustaz Kazim atas perbuatan yang didakwa tidak bertanggungjawab itu.

“Dengan rela hatinya saya telah pun menghapus dan memadam segala video tersebut baik di Facebook dan akaun TikTok saya.

“Saya menghormati Datuk Ustaz Kazim Elias. Saya membuat lakaran tersebut atas permintaan ramai yang menyuruh saya membuat lakaran tersebut,” katanya.

Sekadar info, ‘pawang’ adalah gelaran pada perubatan tradisional yang dikatakan boleh merawat dan melukis alam ghaib.

Artikel Berkaitan: “Mereka Mengaku Sihir Saya Sebab Dengki & Tak Puas Hati,” – Ustaz Kazim Dedah 6 Individu Tampil Mohon Maaf

Artikel Berkaitan: “Cita-Cita Saya Nak Mati Dalam Dakwah, Kalau Sebab Sakit Dan Saya Mati…” – Bukan Marketing! Ustaz Kazim Akui Keluar Jarum Dari Perut, Tak Boleh Kencing Dan Alami Kulit Berdarah

Artikel Berkaitan: “Pedih Tak Tertanggung.. Seluruh Badan Luka, Berdarah..” – Ustaz Kazim Elias Dedah Keadaan Terkini Penyakit Misterinya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jun 2021

200,000 Rakyat Palestin Perlu Bantuan Kesihatan – WHO

Selepas pertempuran 11 hari antara rejim zionis Israel dan Hamas, rakyat Palestin kini  berdepan keperluan kesihatan mendesak selepas menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi satu kenyataan oleh Agensi , sekurang-kurangnya 200,000 rakyat Palestin di Wilayah […]

Trending Thu, 27 Sep 2018

如果《复仇者联盟》英雄们是韩国人?索尔「韩服高丽王」帅爆啦!

《复仇者联盟》英雄们除了带给影迷许多刺激,也激发了许多人的绘画灵感!一位来自韩国的画家匡光创作了以「化身为韩国人」的《复仇者联盟》英雄们的一系列作品,画风让让人感到耳目一新。

Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

error: Content is protected !!