Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 10, 2022 @ 6:49pm

[VIDEO] Bekas Kekasih Tampil, Dakwa Ditipu Azri Iskandar… Ada Bukti Perbualan WhatsApp! – “Dia Lamar Lepas 2 Hari Cerai”

Belum reda mengenai berita sensasi pelakon Azri Iskandar yang bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr. Azra Diera, kini muncul pula seorang wanita yang mendakwa sebagai bekas kekasihnya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai ‘F’ mendakwa Azri telahpun membawanya berjumpa dengan keluarga di kampung halaman dan telah berjanji untuk menikahinya.

Berkongsi lebih lanjut, F mendakwa dia telah mengenali Azri selama lima tahun namun hubungan mereka terputus di tengah jalan tanpa khabar berita.

F bagaimanapun tidak mahu dikaitkan dengan hubungan pelakon, Ellie Suriaty dan Azri kerana bimbang didakwa menjadi ‘punca’ keretakan perkahwinan.

Dakwanya, F mula berhubung semula dengan Azri selepas dua hari menerima berita perceraian Azri dan Ellie untuk bertanya khabarnya.

“Saya dah kenal dia lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik selepas dia bercerai.

“Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi, saya tak nak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka,” dakwanya.

Bagaimanapun, satu minggu selepas itu, F bersetuju untuk berjumpa Azri.

“Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain,” dakwanya.

F yang terkejut dengan pelawaan Azri untuk menikah itu menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki untuk terus membuat keputusan melulu berkahwin lagi selepas bercerai setelah 19 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya rasa perkara ini tak sepatutnya berlaku dan saya juga ada keluarga dan anak-anak. Saya tak nak terima sebarang kecaman daripada orang luar.

“Saya pada awalnya tak menganggp perkara tersebut sebagai satu pelawaan yang serius. Tapi apabila dia ajak balik kampung, saya ikut je.

“Katanya tujuan dia balik kampung untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia.. semua baik,” dakwanya..

Bercakap mengenai berita Azri yang bakal berkahwin dengan Azra tidak lama lagi, F mengakui terkejut dan merasakan dirinya dipermainkan oleh pelakon Pontianak Harum Sundal Malam yang dikatakan mula menunjukkan perubahan.

“Kami kali terakhir berhubung pada 3 Jun. Selepas balik dari kampung dalam dua tiga hari dia sangat okay. Tapi selepas itu dia ada tunjuk perubahan.

“Saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya jumpa dia dan tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

“Tapi apa pun saya cakap ini semua bukan fitnah. Saya ada bukti kalau dia nak kata saya buat cerita.

“Saya dah move on. Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia. Teruskan.. saya cuma harap dia jaga Ara baik-baik,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: “Celah Mana Pula Saya Jadi Orang Ketiga?” – Jadi Mangsa Fitnah Netizen, Ini Respons Kekasih Azri Iskandar

Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Nafi Curang, Mohon Ellie Suriaty Jangan Calarkan Imej Bakal Isteri – “Azra Bukan Punca Kami Bercerai”

Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Terkejut, Saya Tahu Isi Hati Dia Ada Pada..” – Ini Respons Ellie Suriaty Mengenai Cinta Baru Azri Iskandar

Artikel Berkaitan: Belum Genap Sebulan Cerai Dengan Ellie Suriaty, Azri Iskandar Umum Bakal Nikah Penulis Skrip

Artikel Berkaitan: “My Love, My Life & My…” – OMG, Romantiknya! Bakal Isteri Beri Ucapan Sweet Sempena Birthday Azri Iskandar

Sumber/foto: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 May 2023
Featured Thu, 2 Nov 2023

Impian Cakra Khan Tercapai, Tampil Konsert Solo Diiringi Orkestra Bersama Datuk Ramli MS

Fuh, mesti gempak konsertnay mas Cakra!❤️‍🔥 Tambah pulakada Datuk Ramli🧡

Featured Tue, 29 Nov 2022
Contest Mon, 1 Jul 2019

xtra好康头 | 送你《52019我爱你依旧演唱会》入门票

#xtra好康头 送你《52019 我爱你依旧演唱会》入门票,让你跟宪哥和他一众好友共度美好的一晚!

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

Tahun Melawat Malaysia tapi artis luar pula yang dijemput. Kenapa agaknya ya?

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Trending Fri, 29 Oct 2021

Meerqeen Akui Nadhir Nasar Pencabar Terdekat ABPBH 34

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Meerqeen, 20, bersyukur kerana kehadirannya dalam industri hiburan disedari oleh peminat. Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), pemilik nama sebenar […]

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

error: Content is protected !!