Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 21, 2018 @ 12:35pm

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram.

Isu ini timbul apabila salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi gambar screenshot yang diambil menerusi instastory milik pelakon tersebut. Tetapi gambar tersebut telah dipadamkan dua minit kemudian.

Menurut Zul Ariffin, gambar tersebut bukanlah gambar sebenar kemaluannya. Beliau sendiri berasa terkejut dan tidak percaya apabila dimaklumkan tentang hal tersebut. Dan, menyifatkan tindakan hackers tersebut adalah gila!

“Itu bukan anu saya. Takkan saya nakmuat naik gambar kemaluan di media sosial. Ini semua kerja gila hacker yang sengaja mahu memalukan dan sensasikan keaadaan. Selalunya hacker akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula telah dimuat naik di instagram saya. Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon tentang perkara ini dan saya sendiri idak tergamak memalukan diri dengan memuat gambar tersebut.” Katanya

Berikutan kekecohan yang berlaku, kelab peminat Zul telah memuat naik satu entri dilaman insta story milik kelab peminat pelakon itu bagi memaklumkan tentang jeadian yang menimpa pelakon kesayangan mereka itu.

Zul Ariffin juga turut memberitahu, sebenarnya akaun instagram miliknya itu sudah beberapa kali cuba diceroboh oleh mereka yang tidak bertamadun. Dan kejadian seperti ini membuatkan beliau lagi fobia dan mengambil langkah berhati-hati apabila mahu mengendalikan akaun instagram miliknya itu.

Terkini, pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta ini dilihat semakin sibuk menjalani penggambaran sebuah filem terbitan Skop Production.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Jun 2025

Bawa Aafiyah & Afwa Tengok Wayang, Siti Nurhaliza Ajak Ibu Bapa Tonton Ejen Ali The Movie 2 Bersama Anak-Anak

Siti Nurhaliza berkongsi detik manis menonton filem animasi Ejen Ali The Movie 2 bersama anak-anak.

Trending Sun, 22 Nov 2020

SFMM35 Ditunda, Alif Satar Positif COVID-19

Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin.

Featured Mon, 28 Apr 2025

MV ‘Raja Dusta’ Curi Perhatian, Netizen Komen: “Bukan Sebab Nak Dengar Lagu, Tapi Nak Tengok Ketiak Flawless”

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle menyorot perhatian ramai selepas tampil dengan muzik video terbaharunya berjudul, Raja Dusta.

Hiburan Sun, 7 Jul 2024
Hiburan Wed, 4 Oct 2023
error: Content is protected !!