Hiburan By: Padin June 17, 2022 @ 7:10pm

“Dia Pun Bukannya Suci Sangat, Cermin Diri Dulu” – Tuduhan Ambil G*nja Fitnah! Fify Azmi Halalkan Duit RM15,000

Pelakon Fify Azmi menepis tuduhan bekas pembantu peribadi (PA) yang mendakwa dia mengambil ganja.

Menurut Fify, dia kesal kerana bekas PA yang dikenali sebagai Nora tidak menjawab pertanyaannya mengenai wang RM15,000 dan berselindung dengan membuka aib dan melakukan fitnah.

“Saya sedar wang itu takkan dapat dipulangkan. Saya sendiri dah malas nak ambil tahu apa yang diperkatakan oleh dia.

“Dia sendiri pun tahu fitnah ini memang berdosa, ia satu kesalahan besar! Lagi kita memfitnah orang, buka aib orang dan tak berkaitan pula dengan soalan saya iaitu di mana duit saya?

“Awak tak perlu buka aib orang sebab awak bukannya suci sangat, cermin diri dulu. Itu semua fitnah!

“Bila ada masalah yang awak sendiri buat, awak dah bersalah dan tak tahu nak selesaikan, awak buka pula aib orang yang tak benar. Dia kena dekat akhirat nanti, biarlah Allah yang balas,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ni Salah Satu PA Dari Neraka”- Kena Tipu RM15,000! Fify Azmi Serang Pembantu Peribadi, Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Duit RM15,000 Kena Songlap, PA Fify Azmi Tampil Beri Penjelasan – “Dia Tak Tahu Buat Invois…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Rembat Duit RM15,000… Bekas PA Dakwa Fify Azmi Ambil Barang Terlarang?

Terdahulu, Fify membuat laporan polis terhadap bekas PA dan mendakwa wang hasil lakonannya dilarikan oleh Nora.

Nora memberi alasan dirinya tidak menyedari wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh syarikat produksi dan turut mendakwa Fify mengambil barang terlarang.

Sibuk dengan urusan kerja dan tidak sempat untuk bertemu dengan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes ini, Fify mahu ikhlas menghalalkan wang terbabit.

“Saya sendiri sibuk sangat, hari-hari ada shooting jadi susah nak bertemu dengan pegawai penyiasat yang menguruskan kes saya tetapi mereka banyak bagi update menerusi WhatsApp.

“Untuk saya memaafkan Nora, tak sebenarnya. Tapi, saya halalkan dan minta supaya Nora hentikanlah ‘meroyan’ macam itu, sebab kesian dekat dia. Kalau pertahankan diri macam mana sekalipun, awak keluarkan kenyataan macam itu semua orang nampak. Awak kena lagi teruk, jadi saya kasihankan dia.

“Kena tetap halalkan, hati kena ikhlas. Saya dah reda, kalau ikutkan waktu awal-awal tempoh hari memang saya sedih dan saya kecewa. Jadi bila dah macam ini, reda sajalah. Lagipun tak apalah, duit boleh cari. Insya-Allah, saya percaya rezeki itu ada.

“Saya sendiri kasihan dengan dia. Bila perkara sebegini terjadi, bagaimana artis lain nak mempercayai dia dan mahu mengambil dia sebagai PA lagi selepas ini?” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

CJ WOW SHOP 欢庆两周年大优惠

C为了纪念这个重要的里程碑,从即日起CJ WOW SHOP各购物平台(包括电视、互联网和手机应用程式)都将会推出为期一个月的促销活动!

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Adira Akhirnya Mengaku Failkan Penceraian

Semoga dapat diselesaikan secara baik ya?

Featured Tue, 24 May 2022
Trending Mon, 30 Apr 2018

Australian Uni Evacuates 500 Students and Staffs Because of Durian Smell

They thought the stinky fruit was a gas leak!

Featured Wed, 10 Feb 2021
Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Featured Wed, 6 Oct 2021