Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 21, 2022 @ 7:00pm

Individu Persenda & Hina Kematian Adibah Noor Akhirnya Mohon Maaf

Selepas industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor pada Sabtu lalu, tular pula satu komen yang dilihat menghina dan mempersendakan kematian bintang berbakat itu.

Malah, keterlanjuran individu tersebut dalam memberikan komen balas terhadap arwah disifatkan sebagai amat ‘biadap’.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tengok Dosa Orang Nombor Satu, Dosa Sendiri?…” – Hina Kematian Adibah Noor, Individu Biadap Kini ‘Ghaib’

ARTIKEL BERKAITAN:Azhan Rani, Wargamaya Selar Pihak Beri Komen Negatif ‘Meluat Baca Berita Pemergian Arwah’ & ‘Isu Aurat’ Adibah Noor

Justeru itu, tidak mahu terus dihenyak dan menerima tanggapan negatif dari netizen, individu yang dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Malah, beliau juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa hadapan.

“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya, serta peminat Almarhum khasnya diatas komen saya di Harian Metro tempoh hari .

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehah,” tulisnya.

Difahamkan, semua akaun Facebook milik beliau kini telahpun disekat.

“Tak pasti dapat kembali atau tidak akaun Facebook saya. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong ‘viralkan’ status saya,”tulisnya lagi.

Terdahulu, ramai pihak termasuklah rakan artis tampil bersuara mengenai isu penghinaan yang dilemparkan kepada Allahyarham Adibah Noor.

Adibah Noor, 52, dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles, Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Rasa Satu Tamparan Buat Saya, Saya Malu Dengan Allah…” – Pemergian Adibah Noor Beri Pengajaran Buat Ustaz Kazim Elias

ARTIKEL BERKAITAN:“Alhamdulillah, Jangan Risau Ya..” – Netizen Luah Rasa Syukur Rumah Amanah Sudi Jaga 41 Ekor Kucing Peliharaan Allahyarham Adibah Noor

ARTIKEL BERKAITAN:Pencinta Kucing, Adibah Noor Pelihara 41 Ekor! – “Tidak Pernah Berkira Jumlah Wang Untuk Kegunaan Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

ARTIKEL BERKAITAN:Langsung Tak Tahu Adibah Noor Ada Kanser, Bapa Kongsi Keperibadian Arwah Semasa Hidup

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf Kami Terpaksa ‘Kunci Mulut’ Sebab…” – Pegang Amanah Arwah, Ani Maiyuni Dedah Punca Adibah Noor Susut

ARTIKEL BERKAITAN:Ani Maiyuni Berang, Si Mulut Puaka Dakwa Adibah Noor Potong Usus!

ARTIKEL BERKAITAN:“Maaf, Kali Ini Aku Tak Dapat Tolong…” – Beberapa Tweet Terakhir Seakan Memberi Petanda, Netizen Tangisi Pemergian Adibah Noor

ARTIKEL BERKAITAN:Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Jul 2021

Nia Ramadhani Dan Suami Ditahan Polis, Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu

Aktres jelita Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie dilaporkan ditahan oleh pihak polis hari ini berhubung dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Menurut sumber berita Indonesia, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika […]

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Belajar Pun Boleh Seronok! TV Tuisyen Kini di Tonton

Inisiatif TV Tuisyen bertujuan memperkasa pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin melalui kaedah pembelajaran yang berstruktur & berpatutan.

Hiburan Mon, 26 Jan 2026

Ditegur Isu Laser Pada Kemaluan, Reaksi Tenang Sasha Abdul Aziz Raih Pujian Ustazah Asma Harun

Asma menyifatkan reaksi Sasha yang tidak melatah, sebaliknya memilih untuk mendengar serta memperbetulkan keadaan

Featured Fri, 13 May 2022
Anugerah Wed, 30 Aug 2023
LIFESTYLE Wed, 26 Sep 2018

Thinking of a Road Trip but Not Sure Where to Go? Check These Routes Out

They’re curated specifically based on people’s interests.

Hiburan Sun, 4 Sep 2022
Featured Mon, 7 May 2018

Wanita Ini Mewarnakan Rambut Panjangnya Macam Pelangi, Rupanya Memang Memukau

Trend rambut bermacam-macam warna memang dah lama ada. Namun, warna rambut pelangi memang unik!

error: Content is protected !!