Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2022 @ 3:17pm

“Kalau Bank Tak Kosong, Awak Tak Kosong Kan?” Pak Nil Buat Shuk Sahar Tergamam, Akui Isteri Derita Isu Curang Sejak 4 Tahun

Pergolakan rumah tangga antara Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera seperti tiada penghujungnya.

Baru-baru ini sahaja, beliau dilihat sudah menjual rumah mewahnya bagi meneruskan kehidupan selepas pelbagai dugaan menimpa dirinya termasuklah di banned oleh beberapa pihak stesen televisyen.

Selain itu, berkongsi mengenai kontroversi yang berlaku, Shuk menerusi satu program temu bual yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil  mengakui yang dia kini sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan isterinya.

Menurutnya,  apa yang terjadi adalah berpunca dari dirinya sendiri memandangkan isu curang ini tidak terjadi hanya sekali tetapi berkali-kali.

Dan, ia sekaligus membuatkan isterinya ‘give up’ untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

Sementara itu, Pak Nil juga dilihat sempat mengajukan soalan kepada Shuk terhadap kontroversi yang menimpanya selama ini sama ada ia berbaloi atau tidak, bagaimanapun Shuk mengakui ia sangat tidak berbaloi.

Malah, rakan-rakannya juga turut menjauhkan diri darinya disebabkan kontroversi tersebut.

Bekas pelawak dan penyampai radio ini juga memaklumkan, Sera sudah menanggung derita akibat isu ‘curang’ ini sejak 4 tahun yang lalu sepanjang tempoh 6 tahun perkahwinan mereka.

 

Melihat kepada komen yang ditinggalkan, rata-rata warganet memahami perasaan Pak Nil yang dilihat geram dan kecewa dengan tindakan pelawak tersebut.

Bagaimanapun, mereka tetap berharap Shuk dapat berubah menjadi lebih baik dan dapat menebus kesalahannya terhadap isteri dan anak-anak.

 

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Hilang 20 Kg, Apa Rahsia Ramlah Ram?

Sebelum ini berat badan saya 70 kilogram dan ada juga kawan-kawan ‘membawang’ pasal saya tetapi itulah orang kata buat kita semangat. Terbaiklah kak!

Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Separuh Akhir 34 Muzik Muzik, Siapa Bakal Jadi Finalis?

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap di pentas Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34). Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) […]

Trending Mon, 18 Sep 2023
error: Content is protected !!