Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 21, 2022 @ 3:54pm

“Pelanggan Saya Takkan Rugi Melainkan….”- DSV Akui Jual Beli Produk Ikut Trend ‘Cedok Live’ Patuh Syariah

Sejak trend penjualan secara cedok tular baru-baru ini, ramai nampaknya barisan peniaga dan usahawan tampil mempromosikan barangan mereka menerusi platform media sosial masing-masing.

Meskipun, difahamkan trend ini adalah haram dan mengandungi unsur gharar namun, berlainan pula dengan pendapat yang diberikan oleh usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51.

Memetik laporan Mstar, Vida memaklumkan yang trend penjualan secara cedok yang dilakukannya tidak meragukan malah memberi keuntungan kepada semua pelanggannya.

Ini kerana, barangan yang dijual secara cedok itu lebih besar nilainya berbanding jumlah yang dibayar oleh pelanggan.

“Pada saya yang cedok-cedok ni yang kata gharar tu.. pada saya punya pelanggan je lah. Kerana tidak merugikan mereka.

“Pelanggan saya takkan rugi melainkan untung sahaja. Sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang mereka bayar. Malah, lebih dari apa yang saya promosikan.

“Maksudnya, dalam mencedok tu saya bagi lebih dan kalau saya offer di platform lain tu tak sama dan saya juga akan bagi kepada sesiapa yang tengok live saya sebagai giveaway kepada peminat,” katanya.

@datoserividaofficialGuys jom join live Cedok-cedok DSV di Intagram, TikTok, dan Facebook. Murah je guys RM79 untuk satu cedok. RM158.00 untuk 2 cedok. Semua produk ada guys.Tapi apa yang paling best ada LUCKY DRAW ye. Macam-macam benda korang boleh dapat. So apa lagi guys jom join live DSV.♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Tambahnya lagi, urusan jual beli cedoknya juga berunsur akad dan patuh syariah dimana ada persetujuan diantara kedua belah pihak ketika sesi jualan dijalankan.

“Pada saya niat dan akad… apa yang saya bagi ni mereka setuju tak? Dan, saya bagi tu lebih dari harga sebenar dan bagi saya tiada istilah haram kerana, bagi saya ia cedok yang patuh syariah,” jelasnya.

Terdahulu,  pendakwah selebriti, PU Amin ada mengulas mengenai isu menjual secara ‘cedok live’ yang menurutnya, cara berniaga tersebut adalah tidak digalakkan dalam agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Trend Niaga ‘Cedok Live’ Di TikTok Wujud Unsur Gharar” – PU Amin

ARTIKEL BERKAITAN:“Siapa Dah Dajalkan Aku Ni… Aku Nak Buang S*al!”- DSV Arah Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi, Percaya Kedai Cik B Disihir

ARTIKEL BERKAITAN:Suka Pergi Shopping Salah ‘Timing’, DSV ‘Disekolahkan’ Netizen

 

Sumber: Mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Buat Baik Dibalas Baik” – Abang Viva Dapat Hadiah Superbike

Pada masa ini, orang ramai mesti sudah mengenali nama Azwan Omar, atau dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang telah banyak membantu mereka yang menghadapi kesusahan ketika banjir melanda sebelum ini. Sebelum ini, kita mendengar cerita tentang […]

TECH Fri, 25 May 2018

9 Cara Untuk Tambah Storage iPhone Anda Secara Percuma

iPhone anda tu hanya ada storan 16GB saja! Macam mana nak tambah storage dengan percuma ,jom baca tips ini

Trending Mon, 21 Jun 2021
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Kongsi Tips Untuk Murah Rezeki, Sarah Minta Suami…

Wow! Nak murah rezeki? Follow tips Sarah!

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Tolong henti buat andaian sendiri, jumlah hantaran bukan puncanya!

Tolong berhenti membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira…

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!