Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir August 9, 2022 @ 4:19pm

Berdebar Berjumpa Semula Dengan Iqbal, DSV Kekal Profesional

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida baru-baru ini digandingkan dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli untuk sebuah filem.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, dia tidak mengetahui pembabitan Iqbal namun dia kekal bersikap profesional semasa penggambaran.

Memetik laporan mStar, produksi pada awalnya memberitahu dia perlu melakonkan watak sebagai seorang pengetua sekolah.

“Saya dimaklumkan ada penggambaran tetapi siapa pelakon, skrip atau dialog tidak tahu.. tiba-tiba bila sampai saja di set saya melihat Iqbal ada sekali.

“Mustahil saya nak gaduh, jadi saya profesional sahaja berdepan dengan dia,” katanya.

Tambahnya, Vida mengakui berdebar dan tidak dapat berkata apa-apa ketika bertemu dengan Iqbal di set penggambaran tersebut.

Namun, dia sempat mengusik dan bertanyakan tentang perancangan Iqbal untuk mendirikan rumah tangga.

“Perasaan berdebar itu ada tetapi kami berdua saling tidak bercakap dan hanya buat hal masing-masing.

“Saya pun sempat tanya mengapa dia masih belum berkahwin, menunggu ke?,” soalnya.

Sementara itu, Iqbal ketika dihubungi memberitahu dia juga tidak mengetahui bakal digandingan dengan bekas majikannya itu.

Menurut Iqbal, dia dan Vida kemudiannya menyelesaikan urusan masing-masing sehinggalah penggambaran bermula.

“Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kami selepas saling tidak berhubung selama bergaduh. Kami memang betul-betul bergaduh.

“Dia juga tidak bercakap dengan saya dan hanya bermain dan merakam video anak angkat saya saja. Tiada langsung bercakap dengan saya,” katanya.

Menjawab persoalan Vida, Iqbal mengatakan bukan mudah untuknya mencari pasangan hidup meskipun mempunyai perancangan ke arah itu.

“Bukan mudah nak cari pasangan yang betul-betul memahami. Saya tidak memilih tetapi kalau boleh wanita yang memudahkan.

“Tiada sebarang syarat asalkan wanita itu tidak terlalu banyak drama dan karenah. Pada saya itu semua sudah cukup.

“Saya sudah melupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah,” ujarnya.

Menerusi pendedahan itu, Iqbal mempersoalkan yang kononnya Vida tidak mengetahui kehadirannya di lokasi penggambaran sedangkan produknya turut dipromosikan dalam filem itu.

“Saya tertanya-tanya adakah betul Vida tidak tahu mengenai penggambaran ini kerana saya lihat produknya ada bersama,” katanya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Tunggu Masa Sesuai Buka Instagram Anak

Siti Nurhaliza Tunggu Masa Sesuai Buka Instagram Anak

Hiburan Wed, 27 Aug 2025

“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

Fattah Amin suka penyanyi kegemaran wanita Amira Othman

Hiburan Sun, 22 Dec 2024

Alami Jangkitan Paru-Paru & Batu Karang, Adi Putra Ditahan Di Wad

Datuk Adi Putra dimasukkan kehospital akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi.

Trending Hari Ini Wed, 8 Jul 2020

Bank Negara Kurangkan Lagi Kadar Faedah Kepada 1.75 Peratus

Semoga ekonomi kita cepat pulih semula..

Featured Wed, 18 Dec 2024

Bekas Isteri Letak Standard Terlalu Tinggi, Idzham Ismail Sukar Cari Pengganti

Idzham mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.

Events Mon, 25 Nov 2019

Peminat Marah Mira Filzah?

Serius lah peminat marah artis?

error: Content is protected !!