Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 22, 2022 @ 2:50pm

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup.

Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan realiti TV3, Mentor Milenia itu ada memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya.

Video yang memaparkan isterinya mengenakan hijab serba hitam itu mendapat perhatian wargamaya apabila Fatiha dilihat manis berhijab penuh.

“Kan tomey (comel) pakai tudung.

“Doakan isteri Usop dapat pakai tudung dengan sempurna tau semua,” tulis Usop.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

Usop atau nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, memuji kecomelan isterinya yang mengenakan hijab sekali gus memohon doa dari pengikutnya agar isterinya dapat berhijab dengan sempurna.

Usop dan Fatihah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu.

Perkongsian Usop itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan rasa syukur serta memanjatkan doa kepada pasangan tersebut.

Sumber: Instagram usopofficial

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Aug 2023
Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Memuncak, Siapakah 5 Finalis Bakal Gegar Pentas Akhir? Nantikan Pengumuman Pada Rabu Depan!

XTRA XSTAR 2025 semakin mendebarkan! Siapakah 5 finalis bakal berentap di pentas akhir?

Trending Tue, 9 Jan 2024
Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Dah Tak Larat Sangat…” – Beto Kusyairy Harap Ada Pelapis Baru Dalam Filem Aksi

Beto Kusyairy titip pesanan kepada barisan pelakon muda agar datang ke set awal

Trending Thu, 4 Apr 2019

为什么女人比男人长寿?10张照片完整解答

科学家告诉我们:女人比男人长寿的原因相当多,其中就因为男生大脑的额叶发展比女生来得缓……

Featured Fri, 7 Nov 2025

“Hal Manusia, Hal Kecil… Jangan Pernah Terkesan Pun” – Fazura Titip Kata Semangat Buat Peminat

Fazura menitipkan kata-kata semangat buat para peminatnya agar tidak mudah goyah atau terluka dengan pandangan negatif sesetengah pihak.

Featured Thu, 4 May 2023

Bekas Suami Didie Alias, Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Innalillahiwainnalillhirojiun.. Al-fathihah.. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham dan Mami Didie ❤️

error: Content is protected !!