Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari August 26, 2022 @ 12:24pm

Pertahankan Warisan & Alam Semulajadi, Alena Murang Berkarya Dalam ‘Put Burui’

Penyanyi dan pemuzik Sape’ Alena Murang telah melancarkan sebuah muzik video yang berjudul “Put Burui” bersempena dengan sambutan Hari Orang Asal Sedunia.

“Put” bermaksud sumpit manakala “Burui” ialah nama seorang lelaki. Jadi, judul muzik video ini membawa maksud sumpit Burui yang mana muzik video ini memaparkan jalinan kuat di antara muzik dan seni Orang Ulu dengan hutan belantara dan jaringan sungai.

Sehubungan itu, filem pendek dan muzik video ini berdasarkan lagu tradisional Kenyah dan mengiringi tarian kenyalang yang dipersembahkan oleh kaum wanita. Walaupun tarian ini adalah aspek utama dalam video, namun Kirip (gubahan bulu burung enggang) yang lazimnya digunakan dalam tarian digantikan dengan gubahan daun paku pakiis sebagai satu usaha membangkitkan kesedaran tentang pemeliharaan alam semula jadi.

Lebih menarik, sebelum pelancaran muzik video bermula, Alena menghiburkan para hadirin dengan persembahan nyanyian selamat datang mengikut adat kaum Dayak Kelabit.

 

Bukan itu sahaja, busana yang digayakan dalam muzik video ini turut menggunakan bahan-bahan semulajadi terutamanya baju daripada Pua Kumbu berwarna merah (fabrik tenunan tangan suku Iban daripada serat dan pewarna semulajadi) rekaan pereka fesyen ternama kelahiran Sarawak, Edric Ong dan baju sulaman tangan berona perang muda menggunakan teknik songket Sarawak oleh para artisan Tanoti. Pakaian penari latar juga dihasilkan daripada serat tumbuhan 100%.

Bagi menambah seri busana, Alena turut mengenakan perhiasan yang diperbuat daripada biji-bijian dan kulit cengkerang ciptaan pereka Edric Ong, Nasha Prive dan penggubah aksesori Orang Asli Temuan, Leny Maknoh. Setiap butiran perhiasan telah diatur oleh pakar stail dan pengasas Hellostylar, Saerah Ridzuan.

“Gaya yang diketengahkan dalam muzik video Put Burui diinspirasikan oleh alam semulajadi. Warna tanah menjadi tema warna dalam muzik video ini yang boleh dilihat pada sarang buatan manusia, batuan bertekstur dan pasiran sungai. Malahan, aksesori yang menghiasi Alena dan penari diperbuat daripada bahan organik dan asli seperti buah jelai, batang bemban, serat daun dan kulit kayu. Beliau juga mengenakan busana berwarna putih sebagai simbol kesucian alam semulajadi dan merah yang melambangkan kegagahan dan kekuasaan alam semulajadi demi kemandiriannya,” jelas Saerah.

Bagi penghasilan muzik video pula, ia dijayakan oleh sepasukan anak muda kelahiran Sarawak hasil karya Zass Puravida dan Kanid Studio di bawah arahan Daphne Charmain Thian.

“Ini merupakan kali pertama saya mengarahkan muzik video dan semestinya saya berasa gementar. Walaupun saya mempunyai banyak idea tetapi merealisasikannya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun begitu, saya menganggap ini adalah suatu pembelajaran di mana saya belajar untuk mengubahsuai dan menyelesaikan masalah dengan segera.

“Saya ingin memaparkan alam semulajadi kita seperti yang biasa dilihat dalam dokumentari. Kita adalah saksi kepada keajaiban alam yang mampu wujud tanpa kita. Alam tidak memerlukan kita sebagaimana kita amat bergantung kepadanya,” ujarnya ketika sesi pelancaran muzik video di GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur.

Untuk makluman, lagu ini dimuatkan dalam album terbaharu Alena, Sky Songs (2021), gubahan Joshua Maran yang diperindahkan dengan alunan seruling oleh Niko Coyez dan petikan sape’ Alena Murang.

Muzik video Put Burui boleh ditonton di platform Youtube dan lagu ini telah dimuat naik di hampir semua platform muzik digital utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Apr 2025
Trending Wed, 18 Jul 2018

「全球最矮小的可爱夫妻」生育子女是他们最烦恼的事

人们常说,只要真心相爱,身高、距离、年龄都不会是问题!这对夫妻的身高均不足0.9米,但却身体力行地向人们证明了在爱面前,其它什么都不重要。

Trending Wed, 20 Dec 2023
Trending Sat, 16 Mar 2019

Lepas 5 Hari Suntikan Botox, Wanita Maut

Seorang ejen hartanah yang berusia 32 tahun telah meninggal dunia pada 13 Mac lalu, ia beberapa hari setelah beliau mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik. Dikatakan bahawa wanita itu terkena serangan jantung dan sawan […]

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Jamal mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sambut Hari Jadi ke-24, #JennieDeservesBetter Trending Di Twitter

Selamat Hari Jadi Jennie! Jangan sedih-sedih ok?

Hiburan Wed, 15 Mar 2023
error: Content is protected !!