Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 27, 2022 @ 1:00pm

Babitkan 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Ebit Lew Bakal Dibicara Bulan Depan

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akan dibicarakan pada September depan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah membabitkan 11 pertuduhan gangguan seksual.

Memetik laporan The Merdeka Time, Ebit, 38, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew,  didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Pernah ‘Mengkafirkan’ Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Diwakili Peguam Siti Bainun

ARTIKEL BERKAITAN:Hantar Gambar & Perkataan Lucah Dengan Tujuan Mengaibkan, Satu Lagi Kertas Siasatan Gangguan Seksual Libatkan Ebit Lew

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan sewaktu dihubungi pihak The Merdeka Times turut mengesahkan mengenai perkara ini.

Terdahulu,  Ebit Lew mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani di Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah membabitkan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Namun, Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Menurut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebelum ini,  Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tuduhan Melampau & Tak Berasas, Saya Percaya Dilakukan Untuk…”- Jawab Tuduhan Gangguan Seksual, Ini Respons Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew, Kertas Siasatan Kini Di Peringkat Akhir

Sementara itu, menjengah diruangan sosial media milik pendakwah popular, Firdaus Wong, dia dilihat ada memuat naik ciapan mengenai perkara ini.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah diulang kicau lebih 2,700 disertai dengan pelbagai komen dalam kalangan warganet.

 

 

Sumber /kredit foto: themerdekatimes, Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Trending Fri, 16 Jul 2021

#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Semoga keadilan memihak kepada anak syurga #JusticeForBella ❤

Featured Thu, 10 Aug 2023

Kad kahwin Noh Salleh & Tunang Tular, Bakal Nikah 23 September Ini

Tahniah Noh & Pasangan. Tak lama dah lagi tu.💖💖💖

Hiburan Sun, 4 Mar 2018

丁当519来马开10周年演唱会

欢庆出道十年,丁当启动全新巡演《想恋一个爱》一恋十年世界巡回演唱会,以 “回到刚出道时刻”的心情概念,于5月19日(星期六)晚上8时,在吉隆坡KLCC Plenary Hall,与歌迷近距离接触。

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Nasihat Pada Waktu Yang Sesuai, Sherry Ibrahim ‘Tegur’ Netizen Demi Elyana

Ish, netizen ni pun. Agak-agaklah bila nak menulis tu. Hari ini dugaan dia, esok pula mungkin hari kita. Bercakap biar pakai akal ok?

Drama Sat, 8 Mar 2025

Adi Putra Bawa Watak Paling Menyakitkan? Amyra Rosli Terpaksa Menanggung Derita!

Sekam Di Dada, sebuah drama yang bakal menggegarkan emosi penonton di slot Samarinda TV3, bermula 11 Mac 2025

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Thu, 22 Sep 2022
Trending Sun, 3 Dec 2017

Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia

Bagi mereka yang kaki ‘travel’ terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan ‘buku merah’. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan […]

TECH Mon, 3 Dec 2018

Cara Mengatasi Google Play Store Error

kalau anda ada masalah google play store error boleh mencuba tips ini

error: Content is protected !!