Events By: Salma Syahbuddin August 30, 2022 @ 9:14pm

“Saya Ni Jenis Yang ‘Forget & Forgive’, Tak Simpan Dalam Hati…” – Isu Salah Faham Babitkan Adi Putra & Pihak Kembara Studio Sudah Selesai!

Baru-baru ini timbul isu melibatkan salah faham yang berlaku terhadap teraju utama filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan iaitu, Datuk Adi Putra dan juga pihak Kembara Studio yang dilihat berdiam diri atau ‘silent mode’ dan tidak menjawab panggilan telefon dari aktor tersebut.

Susulan kejadian itu, Adi Putra mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam promosi filem epik itu di Jakarta, Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Tak Akan Hadir Tayangan Mat Kilau Di Jakartaā€ ā€“ Adi Putra Kesal Dengan Penerbit? Ini Penjelasan Kembara Studio

ARTIKEL BERKAITAN:Adi Putra Tetap Tidak Akan Hadir Tayangan Di Jakarta ā€“ ā€œSaya Terkilan..ā€

Bagaimanapun, Adi yang pada awalnya bertegas tidak akan ke tayangan perdana filem itu di sana akhirnya turut serta apabila dijemput oleh pihak CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama-sama pelakon, Johan As’ari pada menggunakan kos sendiri padaĀ  Jumaat lalu.

“Saya ke sana dengan kos sendiri. Saya siap belanja Johan untuk turut serta. Bagi saya, kami bersahabat dan sahabat saya ada di sana. Demi untuk Yayan dan Syamsul pun hadir.Ā 

“Mereka sahabat saya, jadi sebagai sahabat apa yang diajar dalam Islam, itulah erti sahabat. Kalau kawan mungkin berbunyi lain, tapi sahabat itulah persahabatan,” katanya.

Berkongsi mengenai situasi ketika bersua muka bersama pihak Kembara Studio, Adi berkata, hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya tak ada masalah dah dengan mereka. Tak tahu lah kalau sebelah sana macam mana… Kalau dalam erti kata ukhwah, saya bersilaturahim. Di sana, kami ada berjumpa dan seperti sedia kala, alhamdulillah. Kami juga bercakap macam biasa, tak ada satu perasaan marah atau simpan. Profesional saja,” jelasnya.

Tambahnya lagi, segala salah faham yang berlaku antara dirinya dan pihak Kembara Studio sudah berlalu dan harus dilupakan.

“Mana yang kenal saya, saya ni jenis ‘forgive and forget’. Perkara yang lepas tu, kita ni hidup ke depan, bukan ke belakang. Dan tidak ada nak gunakan satu benda untuk ‘counter back’. Itu bukan prinsip saya.

“Bila kita hidup mara ke depan, tidak adalah nak imbas balik atau terngiang-ngiang benda yang tak seharusnya atau negatif. Kita ambil sudut positif. Mudah-mudahan filem ini berjaya di pasaran Indonesia,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Sentiasa Mahalā€¦ā€ ā€“ Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

ARTIKEL BERKAITAN:ā€œSaya Tak Nak Bergaduh Tapiā€¦ā€ ā€“ Syamsul Yusof Enggan Masuk Campur Isu Adi Putra Dan Johan Asā€™ari

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jul 2018

Denyut Nadi Nelson Mandela Terus Membara Di Ulang Tahun Ke-100 Meski Beliau Sudah Tiada

Selama hidupnya, ia selalu berjuang melawan Apartheid dan melindungi orang-orang Afrika meski harus keluar dan masuk penjara.

Featured Sat, 25 Jun 2022

[VIDEO] “Delete Before It’s Too Late” – Individu Rakam Filem Mat Kilau, Syamsul Yusof Bakal Ambil Tindakan

Aduh, memang cari pasal lah! Faham teruja tapi janganlah buat tindakan yang memakan diri sendiri šŸ¤¦ā€ā™€ļø

Trending Thu, 31 Dec 2020
Trending Thu, 25 Jun 2020
FESYEN Wed, 24 Jul 2019

Kugiran Masdo Is Bringing Back ‘The Beatles’ Fashion Vibes, Only On E!News

Just like the Beatles, the band stylish were heavily influenced by pop british and fashion from the 60ies, catch them on E!News

Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

ā€œJangan biarkan ibu sendiri menangisā€¦ā€ – Datuk Yusof Haslam šŸ„²šŸ„¹

Featured Wed, 3 Aug 2022

Penuh Tin Atas Jalan Raya! Akibat Lori Sardin Terbalik, Trafik Sesak Lebih 3KM

Alahai, jenuh nak bersihkan jalan tu šŸ˜Œ Harapnya tiada yang tercedera. Tapi… ada yang cakap tinggal bawa roti je tu šŸ‘€