Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 6, 2022 @ 8:19pm

Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Pelakon, Azhar Sulaiman terpanggil untuk memberi pendapat peribadinya mengenai isu selebriti remaja, Puteri Balqis, 15 yang didakwa menjadi gangguan seksual bapa kandungnya.

Azhar memuat naik enam pandangan menerusi sebuah hantaran di Instagram dan Facebook miliknya semalam, setelah rakan baiknya menunjukkan video sesi podcast temu bual Puteri Balqis yang tular itu.

“Salam semua.. Semalam Mami disuruh dengar pasal interview ni. Lepas dengar fewminutes Mami asked my friend to stop it. Dalam kepala Mami terus terfikir…

“1. Nothing good will come out from this interview

“2. Tak ada siapa-siapa nasihat dia dulu ke sebelum buat ni?

“3. Mak dia ok about this?

“4. Reporter pun patut rasa ada tanggungjawab bila tanya ni sebab ada implikasi lepas rahsia terbongkar

“5. Sometimes ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja kita as celebrity

“6. Aib keluarga dan kita perlu kita jaga,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen hantaran di Facebook, Azhar turut menambah dengan menegur pemilik podcast tersebut serta mempertikaikan niat sebenar temu ramah itu dilakukan.

“Balqis masih budak-budak, yang interview ni tak fikir panjang dulu ker? Demi Scoop you tak fikir implikasi kepada Balqis.

“Mami marah orang yang interviewed dan published ni.. Patut pikir panjang.

“Lepas dengar semalam Mami jadi stress dan marah-marah pada kawan Mami. Sian pula kat dia sebab bagi Mami dengar. Terlalu brutal ceritanya untuk seorang celebrity to share publically,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Artikel Berkaitan: “Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Artikel Berkaitan: Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen pendapat Azhar itu menerima pelbagai reaksi netizen yang seakan berdebat sama ada pendapat selebriti ini wajar mahupun tidak.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pendapat Azhar itu kerana difahamkan apa yang dilalui oleh Puteri Balqis itu boleh dikatakan sebagai sebuah trauma yang akan menghantui hidupnya.

Malah, netizen turut menyebut kontroversi melibatkan anaknya, Kasih Iris Leona yang sering menampilkan fesyen seksi serta diminta untuk menegur anak terlebih dahulu sebelum memberi pandangan.

Namun begitu, ada juga sesetengah daripada netizen yang bersetuju dengan setiap pandangan Azhar yang menyoalkan tujuan Puteri Balqis mendedahkan perkara tersebut baru sekarang kepada umum.

Bagaimanapun, hantaran Azhar ini telahpun dipadam di kedua-dua media sosial miliknya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Jun 2024

Wajah Mirip Nobita Buat Syasya Rizal Terpikat Pada Suami

Syasya peminat cerita Doraemon, sekali dapat husband mirip Nobita.. comel jee tau lovebirds nii!

#tilljannah Sat, 11 Jun 2022

[VIDEO] Sofyank Tamat Zaman Bujang, Video Pre-Wedding Gempak! – “Teaser Je Dah Meremang”

Fuhh romantik habis min tengok video pre-wedding Pian ni 🔥🔥 Apapun tahniah dan selamat pengantin baru ❤️

Hiburan Fri, 2 Jun 2023

Zarina Zainoordin Minta Agar Doa Cepat Dipertemukan Jodoh, Dedah Sudah Bercinta 10 Tahun

Kita doakan jelah semoga zarina mendirikan rumah tangga secepat mungkin

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Featured Sat, 6 Sep 2025

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

video yang dikongsikan @sampin.exclusive memperlihatkan Mickey segak memakai baju Melayu berona putih.

Trending Mon, 11 Nov 2019

Percaya Tak Mangkuk Tandas Emas Siap Dengan Ciri Kalis Peluru!

Tak sangka dalam dunia ini ada juga yang memiliki mangkuk tandas bertatahkan emas

Trending Wed, 20 Nov 2019

Check Your Ingredients Now Because Your Sunscreen May Potentially Deteriorate Coral Reefs

You use sunscreen to protect your skin, but did you know that it doesn’t protect the coral reef?

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.

error: Content is protected !!