Euforia Bola 2026
Acara By: Padin September 10, 2022 @ 8:00am

Raikan Wanita Dengan #RespectingYourCurves

Membawa slogan #RespectingYourCurves, jenama pakaian dalaman wanita terkenal dari Brazil, Pliē Malaysia meraikan ulang tahun kedua bersama-sama penyokong dan juga pelanggan setia.

Dengan pengalaman selama 20 tahun penyelidikan, reka bentuk dan inovasi di Brazil, akhirnya jenama ini telah berada di Malaysia untuk membantu golongan wanita terutamanya dari pelbagai saiz tubuh badan dan pelbagai peringkat umur.

Bertujuan untuk memberi dukungan dan solusi yang berkesan, Pliē turut membantu golongan ibu mengandung dan para ibu yang menjalani proses pantang selepas melahirkan.

Di samping itu, Pliē Malaysia juga hadir dengan koleksi pakaian dalam yang selesa bagi golongan wanita yang aktif bersukan, untuk pesakit yang baru menjalani prosedur pembedahan, dan untuk golongan wanita yang ingin kelihatan anggun dan yakin dengan bentuk tubuh badannya sepanjang masa.

Majlis ulang tahun kedua Pliē memilih Daphne Iking sebagai pengacara majlis dan acara ini dihadiri oleh beberapa rakan artis, usahawan dan influencers seperti Nadia Nasimuddin, Izara Aishah, Sarrah Anne Noble dan 80 tetamu lain.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan petunjukkan fesyen buat julung kalinya oleh Pliē Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pliē Malaysia, Adeline C, kesemua rangkaian pakaian dalam yang dihasilkan oleh Pliē diilhamkan secara eksklusif dari Brazil yang bertujuan untuk memberi sokongan tambahan terhadap tubuh badan, terutama sekali pada sekitar bahagian tulang belakang dan perut.

“Fabrik untuk semua produk Pliē sangat selesa kerana kami berganding bahu dengan pembekal benang terbaik di dunia, seperti Emana dan Supplex.

“Sebagai ciri tambahan, setiap helaian menawarkan keupayaan hidrofilik dan menyerap kelembapan. Atas faktor ini, menjadikan Pliē sebuah produk yang lebih selesa apabila di pakai. Malah kesemua produk kami sesuai dipakai sepanjang hari,” katanya.

Pliē Malaysia juga berbesar hati bekerjasama dengan dua jenama tempatan, POP Neutral dan Enya yang diundang sebagai tetamu bagi menyerikan lagi acara ulang tahun berkenaan.

Ini kerana kedua-dua jenama berkenaan, merupakan jenama tempatan yang mempunyai misi yang selari iaitu meraikan wanita dari aspek kesihatan dengan menawarkan produk yang terbaik.

Untuk lebih informasi, layari www.pliemalaysia.com atau Instagram @plie_malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Acara Wed, 26 Sep 2018
Acara Mon, 17 Feb 2020

Hospital Islam Az-Zahrah lancar Program Detik Kehamilan

Sedia pelbagai pakej untuk bakal ibu

Acara Sun, 12 Feb 2023
Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Thu, 13 Jun 2019
Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

error: Content is protected !!