Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 18, 2022 @ 12:52pm

“Dia Kena Bayar Ganti Rugi, Bukan Masalah Saya” – Jamal Abdillah Jawab Dakwaan Roslan Shah

Baru-baru ini tular satu dakwaan oleh penyanyi Roslan Shah yang mendakwa dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur sebuah pameran susulan penyanyi Datuk Jamal Abdillah membatalkan kehadirannya di saat akhir.

Tampil menjawab dakwaan tersebut, Jamal Abdillah memberitahu dia tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakwaan dia membatalkan kemunculan istimewa di negara itu pada Sabtu.

Jamal juga mendakwa sudah memaklumkan kepada Roslan Shah tidak dapat menghadiri program itu disebabkan terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pujuk untuk hadir ke acara berkenaan. Saya sudah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dengan penganjur di Singapura dan tak mahu ganggu penjualan tiket dengan membuat kemunculan terlalu kerap.

“Lebih sejam kami berbual di telefon, sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan. Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.

“Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya.

Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggungjawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai acara berkenaan.

“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggungjawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.

Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan memperbaiki vokal beliau

Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Tue, 9 Aug 2022
Events Tue, 2 Jan 2018

MENANGI 30 PASANG TIKET DAN PAS PERCUMA KE AFTER PARTY RATED XTRA AJL32

Menangi 30 pas percuma dan rasai sendiri acara After Party Rated Xtra dengan hanya menjawab soalan ini

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Kecewa! Alvin Chong Didesak Peminat Untuk Memeluk Agama Islam

Netizen mula memberi kecaman kepada Alvin Chong apabila melihat kemesraa dia dan Emma Maembong. Malah, mereka menyuruh Alvin Chong untuk bersunat jika ingin kahwin dengan Emma.

error: Content is protected !!