Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir September 22, 2022 @ 7:06pm

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Pelakon cantik, Anna Jobling menghadiri pameran ‘Barbie House of Dream’ yang berlangsung di ION Orchard, Singapura.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anna bergambar di dalam kotak Barbie di pameran itu dan meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menjadi patung Barbie.

“The best part is when I got to be my own Barbie in my OWN dress.

Thank you for making me feel like a real life Barbie” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Meninjau diruangan komen, ramai yang memuji kecantikan pelakon Melur Untuk Firdaus ini persis seperti patung Barbie.

“Comel Barbie hidup ni.

“Real Barbie MasyaAllah.

“Masya Allah, macam Barbie hidup ni,” komen netizen.

Dalam pada itu, Anna bakal muncul dalam pementasan teater Maduku Terpaling Kalut di PJPAC, 1 Utama pada 29 September sehingga 2 Oktober 2022.

Selain Anna, teater Maduku Terpaling Kalut kali ini adalah naskhah yang dipentaskan buat kali ketiga, menampilkan pelakon popular seperti Puteri Sarah, Azrel Ismail serta tiga pelakon baru antaranya Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.

Tiket boleh dibeli di laman web www.onetix.com.my atau pembelian secara terus di kaunter mengikut kekosongan tempat duduk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

吉隆坡电视剧节增中文奖项!快来给你喜欢的剧投票~

第6届《吉隆坡电视剧节》颁奖典礼新增最受欢迎中文电视剧奖项!

Hiburan Wed, 10 Sep 2025
Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!